Saturday, 23 February 2019

NAFSU PUNCA MELAKUKAN TINDAKAN EKSTREM

Fahaman ekstrem lahir apabila nafsu menguasai akal sehingga tidak mampu berfikir secara tuntas. Nafsu tidak merasa puas apa yang dilakukan secara normal apabila tidak mencapai seperti yang diharapkan. 

Jadi, golongan ekstrem sanggup melakukan apa saja cara untuk mencapai matlamat, termasuk dengan melakukan keganasan yang didakwa dilakukan demi untuk agama sedangkan jelas nyata ia bertentangan dengan kehendak Islam. 

Fahaman ekstrem tidak hanya wujud di kalangan penganut agama Islam sahaja. Bahkan dalam semua agama terdapat golongan yang sanggup melakukan perbuatan ekstrem untuk kepentingan agama masing-masing. Hakikatnya, cara itu bukanlah daripada ajaran mana-mana agama.

Golongan yang terlibat dalam tindakan ekstrem merasakan bahawa itulah satu-satunya cara penyelesaian terhadap permasalahan yang sedang dihadapi. Mereka sanggup melakukan apa saja yang dianggap sebagai jihad yang mendapat balasan syurga. 

Golongan ekstrem sanggup melakukan apa saja asalkan tercapai matlamat. Perbuatan menyebarkan fitnah, propaganda, pembohongan adalah amalan biasa dilakukan golongan ekstrem. 

Sebab itu, fahaman ekstrem ditegah dijadikan idelogoi umat Islam. Semangat jihad yang perlu disuburkan dalam sanubari umat Islam tidak menyamai fahaman ekestrem. Jihad jalan menghampirkan diri kepada jalan Allah, sedangkan ekstrem menyesatkan daripada jalan kebenaran.  

Sesungguhnya, Nabi Muhammad tidak pernah mengajar umatnya melakukan sesuatu tindakan cara ekstrim untuk kepentingan agama. Tindakan ekstrim menimbulkan lebih banyak kesan buruk berbanding kebaikan yang diharapkan.

No comments:

Post a Comment