Tuesday 26 February 2019

PUNCA KES LEMAS


Kes lemas di laut, sungai mahupun tasik kerap berlaku melibatkan kanak-kanak. Lebih tragis apabila ahli keluarga lain turut menjadi mangsa ketika usaha menyelamatkan kanak-kanak lemas itu.

Kenapa perkara itu berlaku? Kes lemas banyak berlaku disebabkan kecuaian dan ambil mudah soal keselamatan.

Didapati banyak ibu bapa atau ahli keluarga tidak ambil langkah keselamatan ketika berada di kawasan air. Anak dibiarkan bebas mandi di pantai atau sungai ketika berkelah.

Ibu bapa lebih leka bersama telefon pintar melayan media sosial. Kanak-kanak riang bermain tanpa menyedari bahaya menanti.

Malah ketika laut bergelora dan terdapat tanda amaran oleh pihak berkuasa, aktiviti mandi dilaut masih diteruskan.

Apabila berlaku kes kecemasan kanak-kanak lemas, masing-masing akan bergegas untuk menyelamatkan tanpa menyedari bahaya diri sendiri.

Inilah punca kes lemas lebih dari seorang apabila yang ingin menyelamatkan juga turut menjadi mangsa.

Langkah pencegahan adalah terbaik untuk mengelak kes mati lemas. Jangan biarkan anak-anak bermain air, melainkan dengan pengawasan rapi dan kawasan yang diyakini benar-benar selamat.

Bermain air adalah gembira mengundang bahaya.

No comments:

Post a Comment