Aktiviti perjudian merebak dalam masyarakat
tanpa mengira taraf kehidupan, tahap pendidikan, kebudayaan dan ekonomi. Kesan
buruk akibat perjudian dihadapi dalam semua tamadun kehidupan manusia.
Judi diharamkan kerana mendatangkan banyak
keburukan. Semua berbentuk perjudian diharamkan biarpun pertaruhannya kecil,
dilakukan secara suka-suka dan mengisi masa lapang.
Sebenarnya, pengharaman judi tanpa mengira
jumlah pertaruhan dan niat, bertujuan mengelak daripada merebak kepada
pertaruhan besar. Sikap tamak dan hasutan syaitan mudah menyebabkan keburukan
lebih besar.
Rata-rata kaki judi bermula dengan pertaruhan
kecil dan suka-suka. Ada setengahnya pula kerana terpengaruh dengan tabiat
rakan dan hendak mencuba nasib sekadar sekali dua, tetapi selepas itu mereka
mula menjadi ketagih berjudi.
Ketagih judi memang sukar dihapuskan selagi
perasaan tamak menguasai diri. Semakin dituruti ketagih judi, semakin
banyak keburukan yang terpaksa ditanggung. Jadi, jalan terbaik menyelesaikan
masalah ialah dengan berusaha meninggalkan perbuatan yang sia-sia itu.
Di negara yang mengamalkan sistem ekonomi
bebas membenarkan perjudian sebagai sebahagian aktiviti perniagaan. Rakyat
bebas berjudi asalkan mempunyai wang atau barang untuk dipertaruhkan.
Sebenarnya, kebenaran undang-undang bukan
bermakna berjudi mendatangkan kebaikan. Hakikatnya, keburukan perjudian tetap
tidak dapat dielak dan hukumnnya tetap haram di sisi Islam.
No comments:
Post a Comment