Peringkat
buah bermula dari bunga, berputik, membesar, hampir masak, masak dan seterusnya
ranum. Ranum juga disebut atau dipanggil 'lebu' dalam dialek Kelantan dan Terengganu.
Masa
peringkat manakah buah paling 'sedap' dimakan? Tentu ramai mengatakan masa masa
atau ranum.
Bagi
sesetengah orang, lebih suka makan pada peringkat hampir masak. Dalam istilah Kelantan
disebut ketika tengah 'mekar' atau 'awo masak'.
Mengapa
ketika hampir masa paling sedap? Sebenarnya tidaklah sedap, tetapi lebih kepada
keinginan hendak makan.
Maklumlah,
buah di depan mata. Musim buah hanya setahun sekali. Bermakna sudah setahun tidak
makah buah itu. Jadi, keinginan membuak-buak.
Jadi,
kerana tidak sabar menunggu, maka buah yang hampir masak itu dijadikan santapan.
Biarpun rasanya keras, kelat, masam atau pahit, itulah saat makan buah yang paling
sedap.
Sebab
itu, orang tua-tua akan membungkus buah-buahan di hadapan rumah dengan kain atau
sesuatu yang dapat melindungkan buah dari dilihat anak cucu.
Menariknya,
balutan itu tidak dapat menahan gelora hati atau terliur hendak makan buah yang
hampir masak itu. Jadi, buah diambil tanpa pengetahuan orang membalutnya. Maka tinggallah
balutan atau bungkusan tanpa buahnya.
No comments:
Post a Comment