Wednesday, 10 July 2019

JINTAN MANIS KAYA KHASIAT UNTUK KESIHATAN

Jintan manis dipercayai memiliki banyak khasiatnya. Ia dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus.

Jintan manis  juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata. Selain itu juga, jintan manis ini dapat membuang lemak di pangkal paha dengan cara merebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga mendidih. Selepas itu biarkan air rebusan sejuk. Amalkan meminum air rebusan jintan manis ini pagi dan petang selama empat minggu

Jintan manis kaya dengan:
- Tembaga diperlukan dalam pengeluaran sel darah merah. 
- Besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. 
- Zink adalah bersama-faktor dalam banyak enzim yang mengawal pertumbuhan dan pembangunan, generasi sperma, penghadaman, sintesis asid nukleik. 
- Potassium merupakan satu komponen penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah. 
- Mangan digunakan oleh badan sebagai faktor untuk enzim anti-oksida yang kuat dan superoxide dismutase.

KHASIAT JINTAN MANIS:
- Cuci usus.
- Mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid.
- Kawal tahap kolesterol.
- Rawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh-lenguh otot.
- Diuretik - dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan.
- Menambah kuantiti dan kualiti susu ibu.
- Merawat gejala pra-haid, pra-menopos dan rendah libido.
- Mengekang selera makan.
- Menyegarkan nafas.
- Menurunkan panas badan.
- Merawat jangkitan mata.
- Meredakan sakit tekak.
- Memulih batuk dan membuang kahak.

No comments:

Post a Comment