Sunday, 14 July 2019

KETUPAT DAUN BULUH KUIH TRADISI KAUM SIAM

Ketupat daun buluh? Itu pertanyaan mereka yang tidak mengetahui adanya ketupat daun buluh apabila diberitahu atau mendapat maklumat mengenai ketupat daun buluh.

Biasanya kita tahu dan biasa mengenai ketupat daun palas, ketupat daun kelapa dan ketupat daun pisang. Nama ketupat daun buluh kerana ia dibalut menggunakan daun buluh.

Ketupat daun buluh dikatakan kuih tradisi kaum Siam dan Cina. Orang Cina memanggilnya kue chang. Melalui hubungan dalam masyarakat, ada banyak juga orang Melayu yang membuat dan meminati ketupat daun buluh. Di Kedah, ketupat daun buluh menjadi hidangan wajib semasa sambutan hari raya Aidilfitri bagi sesetengah keluarga.

Ketupat daun buluh dibuat menggunakan beras pulut, sama seperti ketupat daun palas. Beras pulut sebelum dimasak direndam terlebih dahulu dalam 'air abu' untuk menjadikan ia kenyal dan liat apabila dimasak.

Daun buluh yang digunakan untuk membalut atau membungkus pulut adalah dari jenis daun lebar, licin dan tidak 'berbulu' yang tidak menyebabkan gatal atau miang.

Pulut yang telah direndam atau digaulkan dengan air abu akan dibungkus di dalam daun buluh. Beras pulut itu akan bertukar warna kekuning-kuningan.

Cara hendak bungkus ada kaedah atau seni tersendiri. Apa yang penting beras pulut itu tidak terkeluar semasa hendak memasak nanti.

Ketupat daun buluh akan dimasakkan sepertimana memasak ketupat daun kelapa. Masa memasak lebih kurang empat jam untuk masak sepenuhnya.

Rasa ketupat daun buluh biasanya tawar. Ada juga yang memasukkan inti seperti kekacang atau serondeng.  

Tekstur ketupat daun buluh adalah padat, liat dan kenyal, seakan-akan nasi himpit.  Inilah ciri-ciri keistimewaan ketupat daun buluh.

Ketupat daun buluh dimakan sama ada dicicih dengan kuah kari, rendang, manisan, air gula melaka, susu atau dimakan dengan serondeng. 

2 comments:

  1. dekat kedah, org melayu pun buat pakai kaun buluh,.

    ReplyDelete
  2. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete