Sunday 14 July 2019

BOTAK GAYA ALAF BARU JADI IKUTAN LELAKI TERKINI

Botak menjadi masalah menjejaskan penampilan lelaki. Masalah keguguran rambut juga tidak mengenal usia. Muda atau tua, kedua-duanya boleh mengalaminya. Ada lelaki mengalami masalah keguguran rambut ketika usia belum mencecah 20an.

Kira-kira 40 peratus lelaki mengalami masalah botak yang ketara menjelang usia 35 tahun, 65 peratus menjelang usia 60 tahun dan 80 peratus pula pada usia 80 tahun.

Terrdapat pelbagai penyebab kebotakan antaranya keguguran rambut yang teruk, hormon dan juga pemakanan.

Secara purata, setiap individu sama ada lelaki atau wanita mempunyai sekitar 100,000 folikel rambut bagi memastikan mahkota mereka lebat. Seperti sel-sel lain dalam tubuh, folikel ini mempunyai kitaran.

Semasa folikel dalam kitaran kerja, rambut tumbuh selama sekitar dua hingga enam tahun, tetapi apabila ia dalam kitaran rehat rambut boleh gugur sebanyak 50 hingga 100 helai sehari.

Sekalipun begitu, ini tidak menjadi masalah kerana bukan semua folikel mengikut kitaran yang sama. Ia menjadi masalah jika kitaran ini terganggu. Folikel yang lemah menyukarkan rambut baru untuk tumbuh atau yang paling menakutkan, kepala menjadi botak.

Pada dekad lalu, penampilan botak dianggap satu 'kecacatan' pada bahagian kepala. Namun, sekarang ini botak sudah menjadi satu trend. Mereka yang tidak berdepan dengan masalah keguguran rambut jika kini telah membotakkan atau menggunting rambut rapat ke kulit kepala.

Malah, identiti botak telah digunakan oleh kebanyakan lelaki. Mereka bangga dan ingin dikenali dengan gelaran Abe Botak.

Botak tidak lagi dianggap satu kekurangan, sebaliknya satu kelebihan. Sebab itu ada pertubuhan atau kumpulan yang menghimpunkan lelaki botak.

Kalau dahulu gaya rambut panjang jadi ikutan, tetapi kini gaya botak dianggap sebagai lelaki bergaya dan hebat. Penampilan kemas dan penuh keyakinan.

No comments:

Post a Comment