Sunday 6 October 2019

SEJARAH DAN MAKLUMAT BANDAR KULAI JOHOR

Bandar Kulai merupakan bandar di Daerah Kulai, Johor. Bandar ini berada sejauh 29 km dari Johor Bahru dan hanya kira-kira 8 km dari Skudai. Tempat-tempat lain yang berhampiran dengan Bandar Kulai ialah Sengkang, Sedenak, Selong dan Senai.

Di arah tenggara Bandar Kulai ialah Gunung Pulai (654 meter). Jarak bandar ini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ialah 15 km sahaja.

Bandar Kulai merupakan simpang tiga iaitu ke Johor Bahru di selatan. Jalan raya ke barat laut menuju ke Ayer Hitam dan Simpang Renggam. Jalan ke timur menuju ke Kota Tinggi.Landasan kereta api juga melalui bandar ini.

Bandar Kulai merupakan ibu daerah serta pusat pentadbiran bagi daerah baru Kulai dan terletak di dalam Metropolis Iskandar Malaysia.

Kulai pada tahun 1920, pada awalnya lebih dikenali sebagai Gui Lai bermaksud kedatangan kura-kura.

Menurut sejarah turun temurun, Kulai mendapat namanya berdasarkan peristiwa apabila tibanya musim hujan kedua-dua belah Sungai Kulai pastinya dilanda banjir dan akibatnya berpuluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak ke pekan.

Peristiwa banjir ini juga menyebabkan masyarakat Hainan turut memanggilnya sebagai Gui Lai. Bukti nama Gui Lai boleh dilihat pada sebuah papan nama yang ditulis dalam bahasa cina di stesen Kereta api di Kulai.

Namun, kerana kesukaran untuk menulis nama Gui Lai dalam bahasa Malaysia, maka ia ditulis sebagai kulai.

No comments:

Post a Comment