Untuk mendapat hasil yang lebih
baik, setiap pekerja perlu meningkatkan produktiviti. Mereka perlu lebih
cemerlang dan hebat berbanding sebelumnya. Peningkatan produktiviti berkait
rapat dengan motivasi pekerja dalam melaksanakan tugas.
Terdapat cara untuk membentuk
motivasi kerja cemerlang di kalangan pekerja. Cara ini diharap dapat membuahkan kesan
positif.
Pelbagai
kemahiran (skill variety). Maksud pelbagai kemahiran
adalah merujuk kepada keperluan pelbagai kemahiran diperlukan untuk menyiapkan
sesuatu tugas yang diberikan. Jadi, seorang pekerja boleh melakukan banyak
tugas tanpa perlu mendapat bantuan pekerja lain. Jadi, pekerja itu mampu
memberi tumpuan untuk menyiapkan keseluruhan tugas tanpa perlu menanti
kehadiran pekerja lain. Pekerja berkenaan akan mempunyai motivasi lebih tinggi
kerana sedar apa yang dilakukan mungkin akan menentukan kesempurnaan tugas itu
100 peratus ditentukan oleh dirinya atau kumpulannya.
Identiti
tugas (task identitiy). Identiti tugas merujuk kepada
setakat mana keperluan tugas yang perlu dilakukan seseorang pekerja untuk
menyiapkan peringkat atau tugas yang ditetapkan. Penugasan ini penting sebagai
satu pengiktirafan kemampuan seseorang pekerja. Dia lebih bermotivasi untuk
melakukan tugasan yang hanya dia dan sekelompok tertentu sahaja mampu
melakukannya.
Kepentingan
tugas (task significance). Konsep ini merujuk kepada tahap
kesan tugas yang dilakukan untuk keseluruhan operasi, tugasan orang lain dan
persekitaran tempat kerja. Ia menjelaskan bahawa tanpa perlaksanaan tugas
yang perlu dilakukan itu, maka mungkin keseluruhan operasi akan gagal. Jadi,
pekerja yang diserahkan tugas itu akan lebih bermotivasi kerana peringkat
operasi lain amat mengharapkan kesempurnaan tugas yang dilakukan olehnya. Ia
diaggap satu tugas penting dan mesti dilaksanakan sebaik mungkin.
Autonomi
(autonomy). Autonomi ialah kebebasan yang diberikan oleh pihak atasan dalam
melaksanakan tugas. Kebebasan yang diberikan bermakna keyakinan pihak atasan
terhadap keupayaan seseorang. Jika itulah kepercayaan pihak atasan, tentu
sekali atonomi itu memberi motivasi besar bagi setiap pekerja. Dia mampu
merancang dan melakukan apa yang terbaik dapat dia lakukan.
Maklum
balas (feedback). Ini merujuk kepada maklumbalas yang
diperoleh daripada pihak lain berdasarkan hasil kerja atau operasi organisasi.
Maklum balas 'bebas' ini memberi motivasi kepada pekerja bahawa itu adalah yang
'sebenar' dan bukannya ada unsur pilih kasih di pihak pengurusan.
No comments:
Post a Comment