Organisasi perlu berusaha meningkat tahap motivasi pekerja
agar berupaya menghasilkan sesuatu tahap yang lebih baik. Antara cadangan yang
boleh dilakukan untuk meningkatkan motivasi pekerja ialah:
Ganjaran
kecemerlangan.
Biasanya merujuk kepada pemberian ganjaran selain daripada gaji atau upah yang
biasa diterima oleh kebanyakan pekerja. Cara ini telah lama dilaksanakan di
luar negara atau di organisasi besar. Ia berkesan untuk menaikkan motivasi
pekerja untuk melahirkan satu pencapaian hasil kerja yang lebih baik berbanding
biasa.
Sebagai contoh, pekerja paling produktif diberikan bonus, peluang
melancong, cuti khas dan sebagainya. Mereka diraikan dalam satu majlis khas dan
gambar dipamerkan di tempat khas. Cara ini diharapkan dapat memberi motivasi
kepada pekerja lain agar turut bercita-cita untuk mendapat pengiktirafan yang
sama pada masa depan.
Mengikut penciptaan atau penghasilan baru. Di kalangan organisasi yang melibatkan penciptaan atau penghasilan
baru, pekerja yang berjaya menghasilkan produk itu diiktiraf dengan pelbagai
ganjaran. Inilah budaya yang kerap membawa kesan positif untuk menaikkan
motivasi pekerja. Mereka bersedia melakukan sesuatu yang luar biasa untuk
menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Maka, amat tepat dan patut pencapai itu diberi ganjaran sewajarnya.
Penghasilan itu mungkin akan memberi nilai tambah dan keuntungan yang besar
kepada organiasai, dan mungkin juga penentu kepada jatuh bangun organisasi.
Sudah menjadi sikap manusia mudah terdorong untuk berusaha lebih jika
dijanjikan dengan sesuatu ganjaran di atas kecemerlangan yang dicapai. Jadi,
organisasi tidak harus 'kedekut' atau 'berkira sangat' untuk memberi ganjaran
kepada pekerja yang menunjukkan kecemerlangan luar
biasa.
Semua berpeluang terima anugerah. Satu lagi
perkara yang perlu diambil kira ialah anugerah itu tidak dimonopoli oleh
sekelompok pekerja saja. Semua pekerja mempunyai peranan dan sumbangan
masing-masing. Sebab itu, kategori anugerah perlu dibuat agar tidak hanya
pekerja dari tugas tertentu saja anugerah.
Contohnya, pekerja bawahan juga memberi sumbangan besar kepada syarikat
berdasarkan kepada keperluan tugas mereka di organisasi. Seorang penyapu sampah
di pejabat juga memberi sumbangan besar kerana membantu menyediakan
persekitaran kerja yang bersih dan selesa bagi membolehkan pekerja lain
melaksanakan tugas dengan selesa.
Jaminan kerja. Satu perkara yang
memberi motivasi kepada pekerja ialah jaminan mereka dapat terus
bekerja dan peluang untuk meningkat dalam kerjaya. Biarpun terus bekerja dan
kenaikan pangkat dua perkara berbeza, kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai
satu jaminan kerjaya.
Tidak dinafikan ada pekerja yang melakukan sesuatu tugas sebagai batu
loncatan mencari peluang pekerjaan lebih baik, tetapi mereka juga mengharapkan
dapat bertugas sehingga tempoh masa yang diharapkan. Ini juga satu
jaminan. Kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan pada masa yang tidak
sesuai adalah satu malapetaka kepada setiap pekerja.
Maka itu, organisasi perlu menunjukkan 'bukti; bahawa setiap pekerja diberi
jaminan pekerjaan. Contoh jaminan ialah hal berkaitan perancanan organisasi
perlu dijelaskan kepada pekerja, melainkan hal yang sulit.
Sikap sesetengah organisasi yang terlalu menyembunyikan urusan organisasi memberi kesan negatif kepada pekerja kerana mereka merasakan seperti 'ketidak pastian' kerjaya mereka.
Sikap sesetengah organisasi yang terlalu menyembunyikan urusan organisasi memberi kesan negatif kepada pekerja kerana mereka merasakan seperti 'ketidak pastian' kerjaya mereka.
Contohnya, jika organisasi merancang untuk membuka cawangan atau
memperbesarkan operasi, perkara ini dapat memberi motivasi kepada pekerja
bahawa tenaga mereka masih diperlukan dan secara tidak langsung juga membuka
peluang untuk mereka meningkat dalam kerjaya.
Organisasi yang berkembang bermakna berada dalam keadaan teguh dan mampu
terus mengekalkan pekerja sedia ada selain mengambil pekerja baru. Situasi atau
gambaran itu memberi motivasi kepada pekerja bahawa mereka ada jaminan kerjaya
di organisasi itu.
Latihan. Aktiviti organisasi
berkembang selari dengan perubahan masa. Paling asas dapat dirasakan, jika
dahulu pekerja pekeranian hanya perlu mahir menggunakan mesin taip. Namun,
sekarang ini mesin taip sudah tidak digunakan di kebanyakan pejabat, sebaliknya
digantikan dengan penggunaan komputer.
Jadi, organisasi wajar menawarkan peluang kepada pekerja untuk mengikuti
latihan sepatutnya seiring dengan keperluan semasa. Ini memberi motivasi kepada
pekerja bahawa tugas mereka tidak akan digantikan oleh pekerja baru yang mahir
komputer. Mereka rasa selamat dan boleh mengikut perubahan semasa yang berlaku
dalam organisasi.
Pelaburan yang dikeluarkan oleh organisasi untuk memberi peluang latihan
kepada pekerja sebenarnya memberi keuntungan besar kepada organisasi sendiri.
Peningkatan kemahiran pekerja bermakna produktiviti mereka meningkat, memberi
kebaikan dan keuntungan kepada organisasi sendiri.
Pekerja yang mendapat peluang mengikuti latihan merasakan tenaga mereka
masih diperlukan oleh organisasi. Maka keadaan itu tentunya memberi motivasi
yang tingggi kepada mereka.
Pada masa yang sama sudah tentu mereka ingin membalas peluang yang diberikan
oleh syarikat itu dengan melakukan tugas dengan lebih bersungguh-sunggu dan
membuktikan organisasi mengambil langkah bijak memberi mereka peluang untuk
mengikuti kursus.
Konsep perkongsian
untung. Satu
pendekatan yang dapat meningkatkan motivasi pekerja. Mereka merasakan
organisasi itu juga milik mereka disebabkan berpeluang mendapat untung yang
biasanya dinikmati oleh pemilik.
Perasaan itu mendorong pekerja melakukan yang terbaik dalam usaha untuk
membantu organisasi mendapat keuntungan lebih yang juga bermakna mereka juga
berpeluang mendapat untung yang lebih.
Tidak rugi organisasi menawarkan perkongsian untung kepada pekerja. Perlu
diingatkan bahawa keuntungan yang dinikmati oleh organisasi juga adalah hasil
sumbangan atau usaha dilakukan oleh pekerja. Maka, pekerja juga berhak mendapat
apa yang mereka sumbangkan selain upah atau gaji yang telah ditetapkan.
Konsep perkongsian untung memberi satu semangat tanggungjawab bersama untuk
membantu organisasi mencipta keuntungan lebih baik. Perkara ini dapat dicapai
dengan semangat dan motivasi bersama yang digarap sepanjang masa.
Organisasi yang mengamalkan motivasi tinggi akan mampu mempengaruhi
sesetengah pekerja yang kurang bermotivasi. Pekerja yang gagal menunjukkan
prestasi seperti yang ditunjukkan oleh kebanyakan pekerja lain, akan terdorong
untuk turut laku kebaikan yang sama.
Bahkan jika terus gagal, mereka mungkin akan dibuang kerja atau akan berhenti secara sukarela apabila tidak mampu untuk mengikuti budaya cemerlang yang diamalkan oleh organisasi itu.
Bahkan jika terus gagal, mereka mungkin akan dibuang kerja atau akan berhenti secara sukarela apabila tidak mampu untuk mengikuti budaya cemerlang yang diamalkan oleh organisasi itu.
Jelas sekali, konsep perkongsian untung memberi satu motivasi yang tinggi
kepada pekerja kerana meraka yakin dan percaya bahaya apa saja yang mereka
lakukan akan turut memberi keuntungan kepada mereka.
No comments:
Post a Comment