Stratifikasi
sosial adalah pembahagian masyarakat kepada kelas yang berlainan. Ia juga
disebut ketidaksamaan sosial dalam masyarakat. Strata itu wujud berdasarkan
kepada beberapa kriteria yang jelas menunjukkan perbezaan antara
kelompok-kelompok masyarakat.
Terdapat banyak kriteria digunakan untuk menentu ketidaksamaan
sosial. Bagaimanapun, terdapat tiga kriteria popular digunakan untuk mengukur
stratifikasi sosial iaitu kekayaan, kuasa dan status serta prestij.
Kekayaan. Unsur kekayaan paling jelas membezakan kedudukan dalam
masyarakat, terutama dalam kehidupan moden yang memerlukan wang (kekayaan)
untuk membeli atau membayar perkhidmatan. Hampir tidak ada barang atau
perkhidmatan diperoleh tanpa menggunakan wang.
Golongan kaya lebih dihormati dan menikmati kehidupan selesa.
Mereka hidup dalam kelompok tersendiri dan menggunakan kekayaan sebagai
kelebihan terhadap golongan miskin.
Kuasa. Kuasa
merujuk kepada keupayaan atau kebolehan mencapai sebarang kejayaan biarpun
menghadapi rintangan. Dengan kuasa memudahkan seseorang mencapai apa yang
dihajati, biarpun pada orang lain perkara itu satu kesukaran.
Dengan kata lain, kuasa menyebabkan seseorang kelihatan atau
menjadi hebat. Antara bentuk kuasa ialah menggunakan kekayaan. Orang kaya mudah
mendapat apa dihajati untuk dimiliki atau dilakukan.
Selain itu kuasa juga lahir dari pangkat atau kedudukan. Mereka yang berpangkat dapat mengarahkan orang lain untuk melakukan sesuatu untuknya.
Selain itu kuasa juga lahir dari pangkat atau kedudukan. Mereka yang berpangkat dapat mengarahkan orang lain untuk melakukan sesuatu untuknya.
Satu lagi kuasa yang semakin menonjol kedudukannya dalam
masyarakat ialah ilmu. Mereka yang berilmu dihormati kedudukan dan mempunyai
kuasa dalam menentukan sesuatu perkara.
Status dan Prestij. Status merujuk kepada penghormatan diberikan kepada seseorang atau kelompok. Penentuan status adalah subjektif dan berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Contohnya, dalam sesetengah masyarakat terdapat golongan dihormati atas status asal keturunan seperti keturunan raja.

Status menjadi manifestasi kepada ketidaksamaan sosial apabila
disebabkan status berbeza wujud batasan hubungan.
Manakala prestij pula merujuk kepada keupayaan yang lazimnya
berpandukan kepada kekayaan yang dipamerkan. Seorang jutawan yang hidup
sederhana dilihat tidak prestij.
Sebaliknya, jika dia menggayakan sesuatu yang tidak mampu atau lebih hebat daripada orang lain, maka dia kelihatan berprestij.
Sebaliknya, jika dia menggayakan sesuatu yang tidak mampu atau lebih hebat daripada orang lain, maka dia kelihatan berprestij.
Contohnya, jika kebanyakan orang hanya menggayakan jam tangan
berharga ratusan ringgit atau paling mahalpun sekadar beberapa ribu, tetapi ada
orang yang memakai jam tangan bernilai puluhan atau ratusan ribu ringgit. Maka
orang itu dianggap mempunyai kedudukan yang berprestij.
No comments:
Post a Comment