Sejarah lisan adalah satu kaedah pengumpulan
sumber-sember sejarah yang masih belum dikaji dan dirakam semula pada zaman lampau
serta kurang mempunyai sumber-sumber yang berbentuk catatan.
Tidak
dinafikan kepentingan sejarah lisan sebagai sumber sejarah. Di negara maju,
sejarah lisan terutama melibatkan sesuatu peristiwa dan tokoh semakin mendapat
perhatian.
Penulisan buku catatan peristiwa dijadikan sebagai rujukan sejarah. Sebagai contohnya, catatan sejarah Perang Dunia Kedua banyak diambil dari catatan pengalaman beberapa orang panglima perang dari negara-negara yang terlibat, selain buku log di markas-markas utama tentera.
Penulisan buku catatan peristiwa dijadikan sebagai rujukan sejarah. Sebagai contohnya, catatan sejarah Perang Dunia Kedua banyak diambil dari catatan pengalaman beberapa orang panglima perang dari negara-negara yang terlibat, selain buku log di markas-markas utama tentera.
Buku
The War in Malaya tulisan Leftenan Jeneral AE Percival antara sumber sejarah
penting mengenai serangan Jepun ke atas Tanah Melayu dan sepanjang zaman
penjajahan Jepun. Jeneral Percival terlibat secara langsung dalam peperangan
itu dan mengumpul sejarah lisan melalui temuramah dengan saksi-saksi yang
terlibat.
Satu
lagi sumber sejarah Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu diperoleh dari sumber
Jepun. Tulisan Kolonel Masanobu Tsuji antara paling penting dan menjadi rujukan
oleh pengkaji sejarah perang.
Dalam
hal yang sama, Tun Dr. Mahathir Mohammed pernah menyarankan agar lebih banyak
buku biografi mengenai tokoh-tokoh negara ditulis. Penulisan itu sama ada
diusahakan sendiri oleh tokoh berkenaan atau penulis lain.
Penulisan
buku biografi sepatutnya diusahakan semasa tokoh berkenaan masih hidup agar
dapatan maklumat yang diperoleh lebih tepat. Selain temuramah dengan tokoh itu
sendiri, maklumat juga diperoleh daripada individu lain yang ada kaitan atau
melalui peristiwa yang sama dengan tokoh itu.
Biografi
adalah rakaman sejarah. Sejarah mesti tepat dan bukan rekaan. Justeru itu amat
penting pengumpulan maklumat berkaitan tokoh mesti dibuat secara cermat dan
teliti.
Dengan
kata lain, maklumat yang diperoleh dari tokoh itu sendiri dianggap lebih tetap
dan jelas. Bagaimanapun, pakar sejarah tidak boleh mudah menerima bulat-bulat
apa yang diucapkan oleh tokoh itu. Pentafsiran terhadap sumber tetap dilakukan,
termasuklah dengan mendapat maklumat perkara sama dengan individu lain.
Kita biasa membaca biografi
tokoh terkenal negara seperti Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abd
Razak Hussein dan sebagainya. Banyak sejarah mengenai hidup mereka ditulis dan
disimpan sebagai bahan sejarah.
Kisah Datuk Onn tentunya amat sinonim dengan penubuhan UMNO dan usaha mendapatkan kemerdekaan. Begitu juga dengan Tunku Abdul Rahman. Jasanya dikenang dan diulang ingatan setiap kali negara menyambut ulang tahun kemerdekaan.
Kisah Datuk Onn tentunya amat sinonim dengan penubuhan UMNO dan usaha mendapatkan kemerdekaan. Begitu juga dengan Tunku Abdul Rahman. Jasanya dikenang dan diulang ingatan setiap kali negara menyambut ulang tahun kemerdekaan.
Namun amat jarang sekali kita
dapat membaca biografi tokoh tempatan. Bahkan, mungkin tidak ada langsung buku
atau catatan sejarah mengenai tokoh-tokoh tempatan di sesuatu kampung atau
tempat.
Biarpun jasa dan pengorbanan mereka tidak sehebat tokoh utama negera, kita tidak seharusnya memperkecilkan sumbangan tokoh tempatan dalam bidang masing-masing.
Biarpun jasa dan pengorbanan mereka tidak sehebat tokoh utama negera, kita tidak seharusnya memperkecilkan sumbangan tokoh tempatan dalam bidang masing-masing.
MENCARI TOKOH TEMPATAN
Saya telah berusaha mencari
tokoh tempatan untuk dijadikan objek dalam proses mengumpul sejarah lisan.
Kriteria pemilihan tokoh adalah berdasarkan sumbangan yang diberikan kepada
masayarakat setempat. Tokoh itu tidak semestinya tokoh politik, ahli perniagaan
terkenal atau mereka yang telah terkenal hebat.
Pada awalnya saya tidak
menumpukan kepada jantina tokoh yang bakal dijadikan temuramah. Namun, setelah
mengambilkira, tokoh wanita jarang diketengahkan, maka saya mengambil keputusan
untuk mencari tokoh di kalangan wanita. Tidak dinafikan, kebanyakan tokoh yang
diketengahkan dalam sejarah adalah lelaki. Hal ini disebabkan peranan lelaki
lebih nampak kerana banyak perkara dilakukan oleh lelaki. Namun, kita lupa
sumbangan besar wanita di sebalik kejayaan seorang tokoh lelaki.
PERINGKAT PERSEDIAAN MENCARI TOKOH
Saya menemui beberapa orang
berpengaruh di Kampung Padang Bongor seperti Penghulu Khairuddin
Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,
Kamaruzaman Ismail, Abdullah Mahmood, 85, Abdul Rahman Abdullah, 79 dan bidan
kampung Sepiah Dollah.
Perjumpaan dengan individu
berpengaruh dan lama ini bagi memudahkan untuk mengenalpasti individu yang
layak digelar tokoh untuk tujuan temuramah mengumpul sejarah lisan ini.
Hasil kerjasama mereka, saya
diperkenalkan dengan seorang yang istimewa dan selayaknya menjadi tokoh untuk
temuramah dan pengumpulan sejarah lisan yang dilakukan. Beliau yang
dimaksudkan ialah Fatimah Yussof, penerima anugerah Tokoh Ibu Solehah Peringkat
Negeri Kelantan Tahun 2005.
Pemilihan Fatimah untuk menulis
sejarah dirinya dianggap sesuai memandangkan umurnya tidak terlalu tua, iaitu
60 tahun. Ini tidak akan mengganggu proses temuramah kerana daya ingatan,
pendengan dan penglihatannya masih baik.
Pemilihan Fatimah sebagai
informan juga tepat kerana akan memperkatakan tentang dirinya sendiri, iaitu
riwayat dan kejayaan yang dicapai olehnya. Kajian lanjut mengenainya juga boleh
dilakukan melalui individu lain yang berada di sekelilingnya. Banyak fakta
sokongan dapat diperoleh yang masih wujud berkaitan dirinya.
Saya dibawa bertemu dengan
Fatimah di rumahnya dan menyatakan hasrat ingin menemuramahnya sebagai sumber
sejarah lisan. Beliau menyatakan kesanggupan untuk ditemuramah, tetapi
menetapkan satu tarikh dan masa lain yang sesuai.
Penangguhan itu memberi ruang
masa yang lebih kepada saya untuk mendapat beberapa maklumat awal mengenai
tokoh itu dan anugerah yang diterimanya. Majlis anugerah itu diselia oleh
Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Negeri Kelantan dan telah disempurnakan oleh Raja
Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
TEKNIK PENGUMPULAN
Saya mengambil keputusan untuk
mengumpul maklumat melalui rakaman percakapan dan tulisan tangan, selain
merakam gambar tokoh semasa temuramah. Sebelum sesi menemuramah, saya telah
menyediakan rangka soalan yang bakal ditanya dan maklumat yang perlu dikumpul.
Antara perkara yang akan ditekankan ialah sejarah hidup, sumbangan kepada
masyarakat, anugerah yang diperoleh dan kehidupan terkini.
Pada tarikh dan masa yang
dijanjikan, saya ke rumah Fatimah untuk tujuan mengumpul bahan sejarah lisan
mengenainya.
Sebelum proses temuramah
diadakan, saya menyakinkan informan bahawa tujuan kajian itu adalah untuk
kebaikan. Hasil kajiselidik itu akan menjadi bahan sejarah yang memberi
kebaikan kepada semua.
Pengalaman hidupnya tentu dapat dijadikan contoh kepada individu lain untuk melakukan kebaikan.
Pengalaman hidupnya tentu dapat dijadikan contoh kepada individu lain untuk melakukan kebaikan.
Perkara pokok yang diharapkan
ialah tidak ada unsur kerahsiaan dalam penyampaian maklumat, melainkan
melibatkan isu-isu yang sensitif atau difikirkan tidak mempunyai kaitan dengan
matlamat temuramah itu.
Kaedah temuramah ialah
menggunakan teknik kewartawanan. Soalan-soalan yang kemukakan berbentuk mencari
maklumat secara terus. Kaedah soalan menumpukan kepada siapa, apa, bila, di
mana, bagaimana dan mengapa digunakan sepenuhnya.
Teknik layan dengar dan
menunjukkan minat terhadap apa yang diperkatakan oleh informan digunakan untuk
menimbulkan semangat informan bercerita. Pendekatan mencelah dan menimbulkan
unsur humor digunakan agar temuramah itu tidak membosankan atau informan
merasakan dirinya bercakap seorang diri.
Namun, unsur membayangkan
kedudukan diri seperti informan untuk membina persamaan pengalaman yang pernah
dilalui oleh informan tidak dapat dizahirkan. Pengalaman informan cukup
istimewa dan tidak mampu “dilakonkan” oleh orang lain. Itu satu pengalaman sejarah
yang tersendiri.
Proses temuramah berlangsung
selama satu jam. Saya menamakan temuramah setelah mendapat segala maklumat yang
diperlukan telah diperoleh. Namun, saya menyatakan akan menghubungi semula
informan jika terdapat maklumat tambahan dirasakan diperlukan ketika proses
menulis sejarah itu nanti.
Sepanjang
temuramah, Fatimah turut menunjukkan gambar-gambar semasa menerima Anugerah
Tokoh Ibu Solehah Negeri Kelantan 2005, sijil dan trofi. Turut ditunjukkan juga
ialah keratan-keratan akhbar yang melaporkan mengenai majlis tersebut dan
rencana mengenai beliau yang disiarkan di beberapa akhbar dan majalah.
Saya
juga mendapat kerjasama daripada pemimpin tempatan yang turut menceritakan
mengenai Fatimah dan keluarganya. Mereka memberikan maklumat berdasarkan apa
yang diketahui sepanjang mengenali informan. Pemimpin tempatan itu sendiri
menjadi sebahagian informan dalam pengumpulan sejarah lisan ini.
Namun,
soalan-soalan yang dikemukanan terhadap informan tambahan ini lebih kepada
untuk melengkapkan kajian dan melihat sejauhmana tokoh ini mendapat perhatian
masyarakat yang dengan sendiri dapat menggambarkan bahawa tokoh ini adalah
seorang tokoh.
MEMPROSES RAKAMAN
Rakaman
suara dan catatan tangan sepanjang temuramah itu dijadikan bahan untuk proses
seterusnya untuk melengkapkan sejarah lisan. Proses ini akhirnya akan
menghasilkan satu traskrip.
Gambar-gambar
semasa menerima Anugerah Tokoh Ibu Solehah Negeri Kelantan 2005, sijil dan
trofi juga digunakan untuk membantu melengkapkan transkrip. Turut membantu
ialah keratan-keratan akhbar yang melaporkan mengenai majlis tersebut dan
rencana mengenai beliau yang disiarkan di beberapa akhbar dan majalah.
Proses
menyediakan traskrip ini tidak berdepan masalah kerana proses temuramah
dijalankan dengan baik. Suara informan jelas dan mengunakan dialek yang mudah
difahami. Susuan ayat yang diucapkan juga teratur dan menyampaikan maksud yang
jelas. Tidak ada ayat atau perkataan yang sukar diterjemah maksudnya.
Selain
itu, mutu rakaman audio juga jelas yang secara langsung memudahkan proses
menghasilkan transkrip, selain dibantu catatan tulisan tangan menjelaskan apa
yang berlaku.
Sepanjang
tugas menyediakan transkrip juga tidak berdepan masalah kerana tidak banyak
proses pengumpulan bahan yang melibatkan infroman berbeza, masa, tarikh dan
tempat.
Transkrip
yang disiapkan diberi tajuk FATIMAH TOKOH IBU SOLEHAH 2005. Selain itu
dicatakan juga nama penemuramah, informan, masa, tarikh, tempat dan tahap
kerahsiaan.
Transkrip
itu telah dilabelkan sebagai terbuka dan boleh disebarkan kepada orang
ramai.
Bagaimanapun, maklumat tertentu yang diperoleh dan tidak dimasukkan dalam transkrip dianggap sebagai rahsia yang tertakluk sebagai ’perjanjian kerahsiaan’.
Bagaimanapun, maklumat tertentu yang diperoleh dan tidak dimasukkan dalam transkrip dianggap sebagai rahsia yang tertakluk sebagai ’perjanjian kerahsiaan’.
TRANSKRIP FATIMAH TOKOH IBU SOLEHAH 2005
Kejayaan ibu tunggal
membesarkan dan mendidik seramai 16 orang anak sehingga berjaya adalah satu
kisah yang amat menarik. Rencana hari ini akan memperkenalkan seorang ibu yang
amat istimewa iaitu Fatimah Yusuf. Fatimah, kini berumur 60 tahun (2010) berasal
Kampung Tanjung, Bachok, Kelantan adalah Tokoh Ibu Solehah 2005.
Majlis penganugerahkan itu
telah disempurnakan oleh Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul
Hamid dalam satu majlis berlangsung di Balai Islam. Pihak mengendalikan majlis
itu adalah Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Negeri Kelantan sempena sambutan Hari
Ibu 2005.
Antara faktor yang membawa
Fatimah dianugerahkan gelaran itu ialah berdasarkan sumbangan saya kepada
masyarakat, khususnya dalam mendidik anak-anak.
Kejayaan Fatimah sebagai ibu tunggal yang berjaya mendidik anak-anak sehingga berjaya melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi dan berjaya dalam hidup adalah satu yang hebat dan jarang ditemui. Suaminya, Ismail Abdullah meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu, selepas mengindap penyakit lumpuh kira-kira 10 tahun.
Kejayaan Fatimah sebagai ibu tunggal yang berjaya mendidik anak-anak sehingga berjaya melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi dan berjaya dalam hidup adalah satu yang hebat dan jarang ditemui. Suaminya, Ismail Abdullah meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu, selepas mengindap penyakit lumpuh kira-kira 10 tahun.
Ketika majlis penganugerahan
itu (2005), lapan orang anaknya telah tamat pengajian tinggi peringkat ijazah
dan diploma. Dua orang bertugas sebagai guru siswazah, masing-masing seorang
pegawai undang-undang, pensyarah, pengurus agensi insurans, penolong pegawai
belia dan usahawan. Manakala yang lain pula ketika itu masing belajar.
Kini (2014) semua anak Fatimah
telah berjaya tamat belajar peringkat tinggi atau masih di
universiti.
Fatimah
menjelaskan hanya mereka yang bergelar ibu tahu erti perit gentir melahirkan
dan membesarkan seorang anak. Bayangkan pula pengalaman melahirkan dan
membesarkan 16 orang anak.
Terlalu banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Tambahan pula keluarganya bukan dari keluarga berada. Rezeki yang diperoleh sekadar cukup untuk makan dan pakai ala kadar saja.
Terlalu banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Tambahan pula keluarganya bukan dari keluarga berada. Rezeki yang diperoleh sekadar cukup untuk makan dan pakai ala kadar saja.
Suami
Fatimah (Ismail Abdullah - sudah meninggal pada tahun 2001) hanya petani selain
menjadi imam mukim. Pendapatannya tidak menentu. Elaun imam pada ketika
itu amat kecil. Sedangkan Fatimah sendiri hanya menjadi suri rumah sepenuh
masa.
Biarpun beliau memang ada niat hendak bekerja membantu suami, tetapi niat itu terbantut kerana perlu menguruskan anak-anak yang ramai.
Biarpun beliau memang ada niat hendak bekerja membantu suami, tetapi niat itu terbantut kerana perlu menguruskan anak-anak yang ramai.
Biarpun
melalui kehidupan yang sukar, Fatimah tidak sekali-kali terfikir menghadkan
bilangan anak yang bakal dilahirkan dan jauh sekali mengambil langkah merancang
keluarga. Fatimah berpegang kepada falsafah bahawa anak-anak adalah
anugerah Allah dan harta yang tidak ternilai.
.
Bahkan,
Fatimah rasa bertuah mempunyai anak yang ramai. Peluang dan pengalaman
seperti ini jarang dialami ibu-ibu lain. Mungkin seorang dalam seribu pun sukar
nak berjumpa.
Fatimah bertemu jodoh seawal usia 16 tahun. Ketika usia baru
menginjak 17 tahun, beliau telah bergelar ibu kepada seorang anak lelaki.
Belumpun
anak pertama boleh berjalan, beliau telah disahkan mengandungkan anak kedua.
Perbezaan umur anak sulung dengan anak kedua hanya 18 bulan. Manakala jarak
umur anak kedua dengan akan ketiga hanya kira-kira 11 bulan, iaitu jarak
kelahiran paling rapat antara 16 anak yang dilahirkan.
Biarpun
dihimpit kemiskinan dan kepayahan mendidik anak, setiap kali mengetahui diri
hamil lagi, Fatimah tetap rasa bersyukur dan tidak serik-serik berdepan
keperitan ketika melahirkan anak. Itulah kekuatan yang membolehkan Fatimah
melahirkan 16 orang anak.
Menariknya
daripada 16 orang anak itu 11 adalah lelaki dan lima orang perempuan yang mana
susunannya anak pertama hingga ke 11 adalah lelaki dan anak ke 12 hingga ke 16
adalah perempuan.
Fatimah
dan suami menggunakan pendekatan mementingkan pendidikan anak-anak. Itulah
harta paling bernilai untuk setiap anak. Fatimah sentiasa ingat nasihat
suami kepada anak-anak: “Ayah tidak mampu meninggalkan harta pusaka kepada
anak-anak. Apa yang ada sekarang sekadar cukup untuk keperluan asas dan
urusan pelajaran kamu semua. Tetapi, kamu sendiri boleh mencari harta dan
kebahagiaan hidup jika mempunyai ilmu.”
Setiap
anak dipastikan mendapat pendidikan agama yang sempurna. Sebagai imam mukim,
suami Fatimah tidak berkompromi mengenai didikan agama dan adab pekerti yang
baik di dalam diri setiap anak.
Pun
begitu, Fatimah tidak menggunakan kekerasan untuk memaksa anak-anak belajar,
Kaedah asuhan dan kesedaran peri pentingnya pendidikan lebih diamalkan. Anak-anak
diingatkan nasib apabila dewasa jika tidak berpelajaran.
Satu
lagi perkara menarik mengenai keluarga Fatimah ialah kos menyara kehidupan
keluarga. Berpegang kepada kepercayaan rezeki Allah itu Maha Luas, Fatimah
tidak menghadapi laluan sukar menanggung perbelanjaan anak yang ramai, terutama
kos pendidikan di pusat pengajian tinggi yang pastinya memerlukan kos yang
mahal.
Sebenarnya,
kos perbelanjaan pendidikan anak-anak Fatimah diusahakan oleh mereka
sendiri melalui kerja sambilan, sumbangan penderma (bukan mengemis) dan bantuan
biasiswa dari kerajaan. Fatimah tidak pernah berhutang atau bergolak gadai
(memang pun harta tidak ada) untuk menampung pelajaran anak-anak.
Ketika
ibu bapa lain (yang miskin dan sederhana) pening kepala apabila ada anak
mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi, Fatimah
tidak begitu risau mengenainya. Anak-anaknya sendiri dari awal lagi telah
membuat persiapan kewangan. Anak-anak diajar berdikari sejak kecil lagi.
Setelah
anak-anaknya berjaya, Fatimah tidak ada perancangan khusus. Cukuplah melihat
anak-anak berjaya. Itulah impian dan harapan semua ibu bapa. Fatimah
sedang melalui detik ini. Beliau rasa amat bersyukur.
Namun,
di hatinya sedikit terkilan kerana tidak dapat berkongsinya bersama suami.
Sebenarnya, biarpun suami kembali ke rahmatullah pada tahun 2001 akibat
penyakit lumpuh, dia sudah tidak dapat bekerja sejak 10 tahun sebelum itu.
Itulah cabaran yang besar terpaksa Fatimah dan anak-anak hadapi.
Biarpun ada ayah, mereka terpaksa berdikari kerana ayah tidak mampu bekerja. Alhamdulillah, keadaan itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus belajar dan mencapai cita-cita masing-masing.
Biarpun ada ayah, mereka terpaksa berdikari kerana ayah tidak mampu bekerja. Alhamdulillah, keadaan itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus belajar dan mencapai cita-cita masing-masing.
Fatimah
menasihatkan kepada ibu bapa agar memberi keutaman didikan akhlak dan agama
kepada anak. Itu adalah asas dan perkara utama yang akan menentukan 'mutu'
kehidupan anak pada masa depan.
Anak yang baik (taat kepada Allah) sudah pasti tidak akan melakukan perkara yang mendukacitakan ibu bapa. Mereka akan sentiasa menghormati ibu bapa. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana tahu ajaran Islam menyuruh umatnya agar menuntut ilmu.
Anak yang baik (taat kepada Allah) sudah pasti tidak akan melakukan perkara yang mendukacitakan ibu bapa. Mereka akan sentiasa menghormati ibu bapa. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana tahu ajaran Islam menyuruh umatnya agar menuntut ilmu.
Tegas
Fatimah, jika anak tidak mempunyai akhlak yang baik, inilah masalahnya berlaku
anak tidak menghormati ibu bapa. Biarpun mereka berjaya dalam pelajaran
dan kerjaya yang diceburi, hakikatnya mereka gagal dalam menjadi anak yang
baik.
Sebab itu, ada anak yang berjaya dalam hidup, tetapi membiarkan ibu bapa hidup dalam melarat dan terpaksa mengharap bantuan daripada orang lain.
Sebab itu, ada anak yang berjaya dalam hidup, tetapi membiarkan ibu bapa hidup dalam melarat dan terpaksa mengharap bantuan daripada orang lain.
TAFSIRAN
Berdasarkan
temuramah dengan Fatimah, artikel berkaitan, pemerhatian dan fakta sokogan
daripada pemimpin tempatan, saya dapat membuat tafsiran bahawa sumber sejarah
itu tulen dan boleh dipercayai.
Dari segi kebolehpercayaan kenyataan Fatimah, ia cukup menyakinkan memandangkan beliau berpegang kepada cara hidup yang baik dan terbukti dengan kejayaan anak-anaknya. Laporan akhbar, sijil dan tropi yang ditunjukkan juga adalah bukti nyata mengenai
Dari segi kebolehpercayaan kenyataan Fatimah, ia cukup menyakinkan memandangkan beliau berpegang kepada cara hidup yang baik dan terbukti dengan kejayaan anak-anaknya. Laporan akhbar, sijil dan tropi yang ditunjukkan juga adalah bukti nyata mengenai
RUMUSAN
Prose
penulisan sejarah lisan perlu diperbanyakkan. Tumpuan penulisan tidak
seharusnya hanya melibatkan tokoh-tokoh terkenal sahaja. Penulisan sejarah
lisan melibatkan tokoh tempatan juga perlu diberi keutamaan. Tokoh ini
juga ada sumbangan atau keistimewaan tersendiri yang wajar dijadikan panduan
untuk semua.
Proses
penulisan sejarah tokoh-tokoh tempatan ini wajar dilakukan ketika hayat
mereka. Ini memudahkan proses pengumpulan bahan sejarah dan tidak
melibatkan tugas yang rumit. Tokoh itu sendiri dapat membantu menyediakan
rujukan atau bahan yang dapat melengkapkan proses penulisan sejarah itu.
Usaha
Kementerian Pelajaran memperkenalkan mata pelajaran Kajian Tempatan yang
mengkehendaki pelajar menyediakan satu laporan atau tulisan mengenai tokoh
tempatan adalah satu usaha menghidupkan budaya menulis sejarah hidup
tokoh.
Sejarah hidup tokoh, tidak kira dalam apa bidang sekalipun sudah tentu ada pengajaran yang boleh diikuti. Sejarah hidup mereka menjadi khazanah bangsa dan negara. Ia perlu dipelihara dan disimpan dalam bentuk sejarah lengkap.
No comments:
Post a Comment