Kewujudan
pasar malam memberi kebaikan kepada peniaga dan pembeli. Berniaga di pasar
malam boleh dimulakan dengan modal tidak besar. Kadar purata modal pusingan untuk memulakan perniagaan
di pasar malam sekadar sekitar RM300 hingga RM1000 sahaja. Malah
ada yang hanya bermodalkan beberapa puluh ringgit saja mengikut jenis barang
yang dijual.
Pengalaman dalam bidang
perniagaan tidak begitu penting bagi mereka yang ingin mencuba peluang
perniagaan di pasar malam. Ini kerana ia tidak melibatkan banyak
‘strategi’ atau ilmu khusus mengenai perniagaan. Saiz perniagaan di pasar
malam juga tidak ditetapkan. Peniaga boleh menjalankan perniagaan secara
berdiri, meja kecil, gerai, hamparan, longgok atas kenderaan dan sebagainya.
Kadar
keuntungan bergantung kepada jenis barang atau produk yang anda jual. Produk
makanan dan minuman biasanya boleh memberi kadar keuntungan sehingga mencecah
100% hingga 200% daripada modal dibelanjakan. Namun resikonya besar jika tidak
laku atau hari hujan. Makanan dan minuman tidak boleh disimpan untuk berniaga
pada hari keesokkannya.
Perniagaan
di pasar malam amat ringkas dan mudah. Peniaga tidak memerlukan
pengetahuan khusus mengenai produk yang dijual. Pembeli tidak banyak soal
berkaitan barang di pasar malam. Mereka lebih bersikap tengok dan jika
sesuai terus membeli dengan tawar menawar harga.
Berniaga
di pasar malam tidak sukar untuk mencari produk yang sesuai. Apa-apa saja
produk boleh dicuba diniagakan di pasar malam. Kebanyakannya berkaitan
keperluan dapur, makanan, minuman, pakaian, buah-buahan, sayur-sayuran,
peralatan berkebun, cenderahati dan sebagainya. Peniaga di pasar malam
berpeluang memasarkan pelbagai produk yang mendapat permintaan tinggi di
pasaran. Mereka tidak berniaga produk sama sepanjang masa.
Malah
terdapat pembekal yang beri peluang memasarkan produk mereka tanpa perlu
mengeluarkan modal. Barang dibekal dan hanya perlu membayar yang laku
dijual. Barang tidak laku boleh dipulangkan sepenuhnya. Peniaga
mendapat untung jualan yang juga boleh dianggap upah menjual. Mereka tidak
berdepan masalah tanggung rugi terhadap produk.
Setengah-setengah peniaga
berniaga di pasar malam untuk memasarkan barangan mereka sendiri atau barangan orang lain.
Contohnya, mereka mempunyai kemahiran memasak lalu mereka menjual makanan
seperti lauk-pauk, kuih-muih, biskut dan kek dan sebagainya.
Kini
banyak perniagaan di pasar malam menggunakan konsep francise yang mana pembekal
menyediakan peralatan dan produk untuk dijual dengan bayaran yang berpatutan
serta perlu mengikut terma yang ditetapkan. Mereka tidak perlu memikirkan
tentang resipi produk dan pengiklanan. Semuanya diuruskan oleh pemilik
francise. Perniagaan cara ini semakin berkembang dan banyak terdapat di
pasar-pasar malam.
Peniaga
tidak sukar untuk memilih pasar malam yang sesuai. Memang ada pasar malam
yang sudah sesak dan tidak dapat menerima peniga baru. Bagaimanapun masih
banyak pasar malam lain boleh dijadikan tapak berniaga, biarpun mungkin tidak
mendapat sambutan hangat. Apa yang penting peluang masih ada dan peniaga
perlu bijak menarik minat pembeli.
Ada
peniaga sanggup pergi ke satu-satu pasar malam biarpun jarak melebihi 100 KM
dari tempat kediaman. Namun tidak kurang juga yang hanya berniaga di pasar
malam yang tidak jauh dari tempat kediaman sebagai kerja sambilan menambah
pendapatan. Pada waktu siang mereka ada perkerjaan tetap lain, menghalang
pergi ke tempat jauh yang bukan saja mengambil masa bahkan memenatkan.
Biasanya
pasar malam yang bersaiz kecil tidak ramai pengunjung, tetapi tidak bermakna
peniaga tiada peluang untuk mendapat untung kerana persaingan antara peniaga
juga kurang. Seorang peniaga boleh mempelbagaikan barang dijual untuk
memaksimakan untung. Jika tidak sesuai, mereka bertukar ke pasar malam
lain.
Bahkan
ada peniaga yang membuka pasar malam secara solo di sesuatu kawasan, sebelum
ada peniaga lain turut serta memeriahkan dan membesarkan lagi. Inilah dikatakan
betapa mudah untuk berniaga di pasar malam asalkan ada keyakinan diri dan
keinginan untuk berjaya.
Pasar
malam biarpun nampak 'bebas' tetapi tetap terikat dengan peraturan dengan pihak
berkuasa tempatan, pemimpin setempat atau ketua bagi sesuatu kawasan. Urusan
yang berkaitan perlu diuruskan dan sebab itu ada individu atau kumpulan yang
dianggap sebagai 'penganjur' di sesuatu tempat. Penganjur bertanggungjawab
mengurus dan mengawal agar operasi pasar malam berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment