Sikap peniaga yang ramah dan
mesra berurusan dengan pelanggan menjadi faktor utama kejayaan perniagaan di
pasar malam. Layanan secara baik membuatkan pembeli merasa selesa dan
mudah menjalankan urus niaga dengan mereka.
Selain
itu, peniaga pasar malam juga lebih bertolak ansur dalam soal penawaran harga
barang yang dijual mencetuskan kepuasan dalam diri pembeli. Budaya
tawar-menawar apabila berbelanja di pasar malam merupakan satu kemestian.
Mereka akan membuatkan pengguna mencari mereka lagi jika mengunjungi pasar
malam sama.
Rata-rata
rakyat Malaysia sangat ghairah jika ke pasar malam. Bukan itu sahaja, kehadiran
pasar malam juga pasti dinanti. Pengguna juga berkira-kira untuk membeli barang
dan bersabar menanti kehadiran pasar malam.
Sedikit sebanyak kemunculan pasar malam membantu mereka melancarkan urusan harian. Bagi remaja dan kanak-kanak, waktu pasar malam peluang untuk keluar malam dan menikmati suasana meriah. Mereka sanggup berjimat wang saku sekolah bagi membolehkan berbelanja di pasar malam.
Sedikit sebanyak kemunculan pasar malam membantu mereka melancarkan urusan harian. Bagi remaja dan kanak-kanak, waktu pasar malam peluang untuk keluar malam dan menikmati suasana meriah. Mereka sanggup berjimat wang saku sekolah bagi membolehkan berbelanja di pasar malam.
Jika
kita amati, setiap pengunjung yang hadir ke pasar malam tidak akan pulang
dengan tangan kosong. Sekurang-kurangnya mereka akan pulang dengan bungkusan
makanan kegemaran atau barangan keperluan. Biarpun kebanyakan pengunjung
tidak membeli dalam kuantiti banyak, tetapi kalau hampir semua pengunjung
membeli, bermakna jumlah urusniaga juga tinggi.
Sebab
itu, berniaga di pasar malam bukan peniaga kelas kedua. Mereka mampu
mendapat keuntungan yang besar terutama pada musim perayaan. Resiko
kerugian amat rendah, sedangkan peluang untung agak tinggi. Terdapat
peniaga pasar malam berjaya mengumpul kekayaan mencecah jutaan ringgi setelah
sekian lama berniaga.
Sebab
itu peniaga pasar malam tidak mahu berpindah kepada premis tetap biarpun
berpeluang melakukannya, kecuali mereka yang ingin menceburi perniangaan secara
besar-besaran. Banyak peniaga berjaya mula berniaga di pasar malam, mendapat
pengalaman dan modal, kemudian beralih kepada perniagaan yang lebih besar serta
memberi pulangan keuntungan yang besar.
Jelas sekali, pasar malam memberi sumbangan yang besar melahirkan peniaga
berjaya, terutama di kalangan kaum Melayu, selain memberi peluang kepada
peniaga kecil menceburi bidang perniagaan yang menjanjikan pendapatan lumayan.
Kewujudan pasar malam masih releven biarpun di kawasan yang terdapat banyak pusat belibelah serba canggih dan hebat.
Kewujudan pasar malam masih releven biarpun di kawasan yang terdapat banyak pusat belibelah serba canggih dan hebat.
No comments:
Post a Comment