Tahukah anda, Kilang Mancis Cap Lada di Kelantan
merupakan kilang mancis paling lama dan tertua di Malaysia. Ia dibuka sejak
tahun sebelum merdeka iaitu pada 1933 sehingga kini (2023).
Mancis Cap Lada atau 'gesek' sinonim dengan Kelantan Match Factory. Mancis Cap Lada terdapat di setiap rumah yang digunakan untuk menghidupkan api.
Kilang Mancis Cap Lada yang
terletak di alamat 4874- A, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan atau lebih
dikenali Sungai Keladi. Kilang ini menjadi 'land mark' kepada kawasan ini
yang dikenali kebanyakan orang Kota Bharu.
Kilang itu cukup terkenal dan
berjasa menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada penduduk Kota Bharu.
Orang Kelantan panggil mancis sebagai 'gesek'. Maka, ketika itu peluang bekerja
di kilang gesek sudah dianggap hebat.
Kilang ini pada kemuncak
kegemilangan pernah mengeluarkan kira-kira 2 juta kotak mancis sebulan dengan
300 orang pekerja yang bekerja dua shif. Namun pengeluran sekarang sekitar
200,000 kotak sahaja sebulan dengan pekerja 38 orang.
Penggunaan gesek kini semakin
kurang disebabkan diganti pemetik api yang lebih mudah digunakan.
Mancis jenis batang atau gesek
semakin dilupakan biarpun masih ada permintaan terhadapnya. Generasi hari ini
tentu sudah ramai tidak mengenali gesek.
Di hujung batang mancis atau
dipanggil kepala mancis terdapat belerang.
Terdapat dua jenis mancis iaitu
mancis flaksible yang mana kepala anak mancis boleh digesekkan di mana-mana
bahagian permukaan kasar untuk menghasilkan api.
Manakala mancis keselamatan pula
hanya boleh digunakan apabila kepala mancis digesekkan kepada kertas belerang
yang dilekatkan pada kotak mancis. Kilang Mancis Cap Lada hanya
mengeluarkan mancis keselamatan.
Apabila digesekkan, akan terhasil
api yang akan turut membakar batang mancis secara perlahan-lahan. Sebab itu,
dalam dialek Kelantan, mancis jenis ini dipanggil 'gesek' manakala pemetik api
menggunakan gas dan 'batu' pula dipanggil 'meceh'.
No comments:
Post a Comment