Bukan
mustahil turun berat badan jika ikut cara atau panduan betul. Fikir positif dan
yakin diri melakukan cara berkesan. Pastikan bersungguh-sungguh dan istiqamah
untuk capai berat badan diingini agar kelihatan cantik dan sihat. Badan
langsing dan menawan memberi nilai tambah kepada kehidupan seharian. Jauhi
obesiti kerana ia sarang penyakit.
Pakar psikologi dan pemakanan memberi 13 panduan untuk menurunkan atau mengawal berat badan. Selamat mencuba dan semoga berjaya.
1. Ada visi dan yakin kepada: ’Saya boleh
langsing’. Sikap positif itu perlu ditanamkan kerana ia menjadi
pemacu kepada tindakan lain sehingga impian untuk langsing menjadi satu
kenyataan. Kita tidak boleh ragu-ragu dengan kebolehan
sendiri.
2. Ingin langsing kerana ingin sihat. Ini
motif yang tepat untuk langsing. Kesihatan adalah harta yang paling berharga.
Hidup menjadi lebih bermakna jika keadaan diri sihat dan mampu meneruskan
kehidupan yang selesa biarpun usia telah meningkat.
3. Tahu risiko berlebihan berat badan. Berat
badan berlebihan memberikan pelbagai risiko penyakit kronik seperti tekanan
darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis, kadar kolesterol tinggi dan
angin ahmar.
4. Jalani ujian kesihatan. Banyak
orang merasakan dirinya sihat kerana tidak ada tanda ketara menunjukkan dirinya
mengidap sesuatu penyakit. Inilah antara punca mengapa penyakit kronik sukar
diubati setelah keadaan parah. Jadi, lakukan pemerikasaan secara berkala, dan
ambil langkah berjaga-jaga yang antara lainnya dilakukan dengan mengawal makan.
5. Tetapkan matlamat realistik untuk turunkan
berat badan. Banyak orang yang berusaha menurunkan berat badan ingin
mencapai matlamat dengan cepat. Akibatnya mereka mudah kecewa jika tidak
mencapainya. Sebenarnya, kejayaanmenurunkan berat badan satu hingga dua
kilogram sebulan sudah memadai.
6. Timba ilmu tentang pemakanan yang tepat. Ilmu
tentang pemakanan merangkumi sistem pemakanan yang tepat dan berkesan. Diet
tidak semestinya menjauhkan daripada memakan nasi, roti, mi dan biskut atau
makanan yang disebut sebagai berat. Apa yang penting ialah seimbang dan
merangkumi segala jenis makanan mengikut carta pemakanan.
7. Hadiri kelas sokongan dan motivasi. Ada
yang sudah bersemangat untuk langsing, tetapi masih gagal kerana melakukannya
seorang diri. Carilah rakan yang sama-sama berusaha mengawal berat badan.
8. Ikut kaedah diet tepat. Anda
perlu amalkan pemakanan yang tepat agar anda boleh langsing dan kekal langsing
dan bukan mengikuti diet yang membuat berat badan anda sekejap naik dan sekejap
turun.
9. Tidak menyeksa diri. Ramai merosakkan
tubuh mereka kerana menjalani program diet yang tidak makan, kurang makan atau
sekat makan.
10. Amal kaedah senaman yang berkesan.
Senaman tanpa teknik berkesan tidak akan membuahkan hasil yang diinginkan.
Misalnya, teknik pernafasan sangat penting untuk membakar lemak dan ini boleh
dipelajari melalui nasihat pakar senaman.
11. Berhati-hati memilih produk langsing. Banyak
produk langsing tubuh yang telah diharamkan kerana boleh merosakkan tubuh. Ada
kes kematian akibat mengambil pil pelangsing mengandungi unsur racun. Jadi,
berhati-hatilah sebelum membeli.
12. Belajar cara membaca label makanan. Pilih
makanan yang kurang kalori dan kandungan gula. Pentingkan makanan yang
mempunyai pelbagai kandungan vitamin dan mineral.
13. Jangan salahkan orang lain atau keadaan. Usaha
yang dilakukan ada kehendak dan ditentukan sendiri. Jika gagal, jangan salah
orang lain.
Sekiranya, peraturan yang dicadangkan ini dipatuhi, tidak ada alasan anda
akan gagal melangsingkan badan. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment