Kadar lelaki mengalami sindrom lemah tenaga batin semakin
meningkat. Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk
merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk untuk
menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.
Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau
"impotens'"' dalam istilah perubatan.
Antara punca utama kepada masalah lemah tenaga
batin ini adalah kencing manis, darah tinggi, sakit belakang dan kandungan
kolestrol yang terlalu tinggi.
Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing
manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah
tenaga batin apabila diambil secara berterusan.
Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol tinggi
mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya
seperti kegagalan ginjal.
Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada
kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk
termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri; seringkali
ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi.
Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang
mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan
mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup
mereka.
Untuk mengatasi masalah tenaga batin, kebanyakan lelaki
mengambil langkah mudah dengan menggunakan ubat kuat. Iklan ubat kuat atau ubat
tenaga batin paling banyak dikesan di media sosial. Fenomena itu bukti nyata
betapa lelaki Malaysia berdepan dengan masalan tenaga batin.
Pengambilan ubat kuat ada banyak resiko. Ada yang berdepan dengan masalah menyebabkan keadaan kesihatan semakin merosot. Bahkan ada yang menemui maut akibat pengambilan ubat kuat.
Justeru, pengambilan ubat kuat perlu terlebih dahulu dirujuk
kepada pakar penyakit tuan. Malangnya, kebanyakan mengambil ubat kuat tanpa
nasihat pakar. Malah ada yang membelinya dari penjual di tepi jalan.
Dikesan kebanyakan ubat kuat tanpa kawalan mengandungi kimia
yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Kesan serta merta adalah
antara tanda-tanda penggunaan kimia terlarang.
Pernahkan anda tertanya-tanya, "Perlu ke aku makan
ubat kuat?" Jawapannya tidak perlu memakan ubat kuat. Umur masih muda,
penyakit masih belum kronik lagi. Kenapa mahu risikokan diri untuk memakan ubat
kuat?
Ya, kebahagiaan rumah tangga adalah sangat penting. Tetapi
sanggupkah anda mengorbankan kesihatan anda kepada risiko yang tidak perlu
diambil? Anda hanya perlu mencegah atau merawatnya dengan bijak.
Masalah utama setiap lelaki yang mengalami masalah lemah tenaga
batin, adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan
juga keadaan persekitaran yang tidak membantu dalam menjalani
gaya hidup yang sihat.
Isu sebenar adalah pada diri kita sendiri. Jika kita diberi
motivasi, sokongan, dan ilmu yang tepat, ia akan menjadi amat mudah untuk kita
meneruskan sedikit demi sedikit perubahan dalam gaya hidup kita.
Yang penting, ia mesti dibuat secara berterusan dan konsisten.
Lelaki sihat bukan saja hebat tenaga batin, tetapi juga dapat menikmati
kehidupan dengan lebih sempurna, ceria dan bekualiti.
No comments:
Post a Comment