Ketibaan 1 Muharam setiap tahun disambut umat Islam dengan penuh ceria di seluruh dunia. Acara sambutan berbeza-beza mengikut tradisi tempatan. Namun, tujuan pengisiannya tetap sama yakni mengimbau kembali hijrah Nabi
Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Peristiwa itu menjadi detik permulaan
kejayaan umat Islam dan kiraan kalendar Islam.
Di negara kita, sambutan tahun baru Hijrah lebih dikenali
Maal Hijrah. Program sambutan diatur rapi di peringkat kebangsaan, negeri,
daerah, kampung dan keluarga. Maal Hijrah menjadi sebahagian daripada tradisi
sambutan berbentuk keagamaan.
Menyambut Maal Hijrah adalah tanda kekaguman seluruh umat Islam terhadap kejayaan yang dicapai hasil hijrah Rasulullah. Dengan sambutan itu diharap umat Islam dapat membina satu semangat untuk mengikut jejak kejayaan itu dalam urusan hidup kini.
Namun timbul pula persoalan yang mana ada pihak membantah sambutan tersebut. Mereka mengemukakan hujah mengatakan sambutan tersebut tidak dilakukan pada zaman hayat Rasulullah dan juga ketika pemerintahan empat khalifah di Madinah.
Memang pada zaman Rasulullah sambutan tersebut tidak diadakan. Malah, ketika itu belum ada takwim Islam. Sejarah takwim Islam hanya bermula pada zaman pemerintahan Sayidina Umar al-Khattab. Sebelum itu tidak ada istilah tahun Hijrah.
Bagi pendapat yang mengatakan sambutan itu harus, ia banyak bersandarkan kepada matlamat sambutan tersebut diadakan. Tambahan pula, tidak ada hadis dan ayat al-Quran yang boleh dijadikan alasan sambutan sedemikian adalah haram.
Jika tidak ada pengharaman secara jelas, maka hukumnya bergantung kepada tujuan atau niat dan apakah kesannya.
Sesungguhnya sambutan Maal Hijrah dilakukan dengan suasana kegembiraan atau ceria. Tiada pantang larang atau perbuatan menyakitkan tubuh badan dilakukan semasa sambutan seperti dilakukan oleh penganut agama lain ketika merayakan hari tertentu.
Sambutan Maal Hijrah amat bermakna. Semua peringkat menyertai sambutan. Di negara kita, sambutan peringkat kebangsaan turut disertai pemimpin tertinggi negara, tokoh agama dan pegawai kanan kerajaan, selain puluhan ribu rakyat berkumpul dengan satu niat yang sama, yakni menanam sikap untuk bersama-sama menyertai hijrah yang mengajak umat berubah ke arah lebih baik dalam semua keadaan.
Jadi, tidak tepat jika dikatakan sambutan Maal Hijrah sekadar upacara rasmi tanpa mendatangkan kebaikan. Setiap peristiwa tetap memberi kesan, biarpun amat kecil, bergantung kepada tahap penerimaan setiap orang. Tidak mungkin individu menyertai sambutan Maal Hijrah tidak mendapat apa-apa manfaat.
Paling tidak, mereka yang menyertai sambutan dapat merasakan bahawa dirinya seorang Islam. Dia berada bersama-sama saudara seagama dengan tujuan mengharapkan sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Dari situ akan lahir rasa kegembiraan dan bersyukur berada dalam kelompok umat Islam.
Umat Islam perlu menghayati Maal Hijrah dengan kembali mematuhi tuntutan agama. Islam mengehendaki kita berhijrah mencari kebaikan dan kejayaan. Sambutan Maal Hijrah juga peluang untuk kita muhasabah diri mencari kekuatan dan kelemahan diri.
Jika kita telah mencapai satu tahap yang baik, jangan nikmat itu membuatkan kita lupa diri. Sebaliknya jika masih di tahap tidak membanggakan, usaha lebih gigih perlu dilakukan.
Semoga tahun Hijrah yang datang membawa sinar kejayaan lebih baik kepada seluruh umat Islam berbanding sebelum ini.

No comments:
Post a Comment