Kulat sisir semakin mendapat sambutan. Dulu kulat sisir tumbuh di
batang pokok mati pada musim hujan, terutama di batang pokok getah. Kini, kulat sisir sudah dikomersialkan menjadi 'tanaman'
memberikan pulangan lumayan sepanjang tahun.
Permintaan terhadap kulat sisir amat tinggi kerana rasanya sedap dan
kaya khasiat. Kini, kulat sisir ada dipasarkan melalui internet bagi memudahkan
pembeli tidak kira di mana berada.
Penanaman kulat sisir menggunakan kaedah bongkah membolehkan
hasilnya dituai sepanjang tahun.
Penjagaan kulat sisir tidak rumit dan hanya mengambil masa selama
seminggu untuk tumbuh. Penjagaan kulat sisir tidak serumit cendawan tiram.
Kulat sisir juga tidak mudah rosak dan boleh 'diawet' dengan cara dikeringkan.
Tumbuhan ini hanya memerlukan tempat teduh dan perlu disiram
antara dia hingga tiga kali sehari. Tempat untuk menyimpannya
haruslah kawasan yang redup dan lembap.
No comments:
Post a Comment