Minda yang jumud dan beku
mengurangkan fungsi minda. Hal itu samalah seperti kita menentukan
had sempadan penggunaan minda. Sedangkan minda sebenarnya mampu
berfikir tanpa had sempadan. Pergerakan berfikir berbentuk rawak
yang tidak ada satu garisan khusus.
Allah menjelaskan
perbezaan orang yang menggunakan akal fikirannya. Firman Allah
bermaksud: “Katakanlah, apakah sama orang-orang yang mengerti dengan
orang-orang yang tidak mengerti.” (Surah az-Zumar, ayat 9).
Kemampuan minda seseorang
berbeza antara satu sama lain. Inilah memberi kelebihan apabila
dilakukan percambahan minda melibatkan banyak individu. Gagasan
minda yang digabungkan membawa kepada satu kekuatan minda yang terbaik.
Krisis akal telah menjadi
darah daging di kalangan masyarakat kita. Kita dikatakan Mat Jenin
jika banyak berfikir dan merancang sesuatu yang memberi kesan kebaikan luar
biasa.
Malah, kita telah
diingatkan agar tidak menduga lautan dalam jika kain hanya
sejengkal. Begitu juga kita sentiasa disindir jika berusaha lebih
dengan kata-kata, rezeki secupak tidak akan jadi segantang.
Belajarlah berfikir
secara minda terbuka. Minda yang terbuka dapat membezakan antara
betul dan salah, mencipta kemajuan dan bergerak ke arah lebih
baik. Dengan cara itu juga mampu membudayakan pemikiran yang
kritis.
Hidup masyarakat hari ini
mesti lebih baik berbanding generasi sebelum ini. Justeru, kita
perlu lebih bijak mencipta sesuatu yang lebih memberi kebaikan.
Firman Allah dalam surah
al-Anam ayat 50 bermaksud: “Katakanlah, apakah sama si buta dengan si celik,
tidakkah kamu memikirkannya.”
Umumnya semua orang mahu
menikmati kehidupan lebih baik, meneroka bakat dan potensi
diri. Tetapi, disebabkan mengamalkan cara berfikir yang negatif,
menyebabkan banyak sempadan diri wujud.
Kita sendiri mengatakan
ini tidak boleh dan itu tidak mungkin sedangkan belum mencubanya lagi. Sikap
itu umpama kita takutkan hantu sedangkan sebenarnya hantu yang dimaksudkan
tidak wujud.
Banyak
orang yang gagal kerana berada dalam zon selesa, tidak mahu merasai susah dan
sakit untuk menebus kejayaan. Mereka berserah kepada takdir sebelum
berusaha.
Maka, kegagalan itulah sebenarnya takdir yang mereka tentukan sendiri. Kelompok manusia seperti ini sebenar tidak menyedari bahawa diri mereka sudah gagal sebelum kegaglan sebenar berlaku.
Setiap kegagalan yang diderita perlu difikirkan punca dan sebabnya, apakah kesilapan dilakukan sehingga kita terlepas daripada mendapat apa yang menjadi cita-cita dan impian kita. Sesungguhnya kesilapan masa lalu adalah pengalaman berharga untuk masa depan.
Maka, kegagalan itulah sebenarnya takdir yang mereka tentukan sendiri. Kelompok manusia seperti ini sebenar tidak menyedari bahawa diri mereka sudah gagal sebelum kegaglan sebenar berlaku.
Setiap kegagalan yang diderita perlu difikirkan punca dan sebabnya, apakah kesilapan dilakukan sehingga kita terlepas daripada mendapat apa yang menjadi cita-cita dan impian kita. Sesungguhnya kesilapan masa lalu adalah pengalaman berharga untuk masa depan.
No comments:
Post a Comment