Wednesday, 29 August 2018

Bekam proses buang racun dari badan

Masyarakat kini tidak terlepas daripada ancaman penyakit yang berpunca daripada amalan pemakanan dan cara hidup seharian.

Sudah tiba masanya untuk merawat diri dengan cara perubatan yang diamalkan Nabi Muhammad SAW bagi merawat penyakit fizikal, minda, emosi, spiritual dan lain-lain hanya dengan kaedah alhijamah atau berbekam.

Teknik pengubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor mengandungi toksik atau racun yang berbahaya dalam tubuh melalui permukaan kulit. Toksin itu berada dalam tubuh hampir setiap orang.

Toksin berasal daripada pencemaran udara mahupun makanan yang banyak mengandungi zat pewarna, pengembang, penyedap rasa, pemanis dan racun sayuran.

Berbekam dapat membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh manusia dan inilah salah satu detoksifikasi (proses pengeluaran toksik) yang sangat berkesan serta tiada kesan sampingan.

Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh serta memberi seribu harapan kepada penderita untuk terus berikhtiar mendapat kesembuhan.

Rawatan berbekam merupakan salah satu rawatan yang menjadi amalan Rasulullah SAW yang terbukti berkesan merawat dan mencegah pelbagai penyakit kronik sama ada zahir atau batin.

Jenis bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik.

Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah.
Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas tiga hari.

Manakala bekam basah dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam.

Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit.

Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihati agar tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, wanita mengandung dan ketika haid, masalah kulit serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.


KHIDMAT JURUBEKAM BERTAULIAH:
- Mohd Azmi Ismail - 01110945152 (Taiping, Perak)

- Mohd Shahrudin Ismail - 019-9212030 (Taiping, Perak dan Kota Bharu, Kelantan) 
- Mohd Jurik Ismail - 0199823735 (Bachok, Kelantan)

No comments:

Post a Comment