Thursday 30 August 2018

BAHAYA RESDUNG


Di sebalik wajah yang cantik, terkadang terlindung penyakit yang menyebabkan ramai menjalani kehidupan tidak selesa dan menderita. Penyakit yang dimaksud ialah resdung. 

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. 

Apabila berlakunya sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikian ia akan dipenuhi oleh rembesan.

Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat sinusitis.

Secara mudah, resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan penyakit hidung. Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya. Sebenarnya resdung bukan hanya boleh menyerang hidung anda sahaja, ia juga boleh menjangkiti mana-mana bahagian badan anda.

Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian-bahagian badan yang lain. Rongga-rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.

Sinus berada pada empat bahagian di dalam kerangka kepala manusia, iaitu di belakang dahi, di belakang mata, di kedua-dua sisi dari batang hidung, dan di belakang tulang pipi. Sinus bertugas mengawal suhu dan kelembapan udara yang masuk ke paru-paru dan membuka lubang pada hidung.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagian hidung setiap masa dan akan disalirkan ke dalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kuman bakteria akan membiak dalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.

Selalunya, sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.

Namun, sinusitis yang kronik atau berterusan berlaku berterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.

Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.

Petanda yang biasa penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. 


Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

Penyakit resdung sememangnya berbahaya kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada pesakit yang tertanggal telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung.

Resdung merupakan sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat.

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi yang serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia tersumbat.

Penyakit resdung tidak boleh dipandang mudah. Rawatan berterusan dan jika perlu, rujuk kepada pakar untuk mendapat kaedah rawatan yang betul-betul berkesan. Sikap menganggap resdung penyakit biasa akan menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk dan sukar untuk dirawat.

No comments:

Post a Comment