Kiriman
itu memang baik. Satu usaha untuk saling mengingati sesama Islam agar sentiasa
mengingati Allah dengan menyebut nama-nama Allah.
Dengan menyebut asmaulhusna ini akan mengingatkan kita tentang kekuasaan dan kedudukan Allah.
Dengan menyebut asmaulhusna ini akan mengingatkan kita tentang kekuasaan dan kedudukan Allah.
Persoalannya,
mengapa hanya kepada 20 orang sahaja. Mengapa tidak kepada seramai mungkin
kenalan kita yang boleh disampaikan peringatan itu.
Keduanya,
apakah sebenarnya tujuan disebarkan peringatan itu? Adakah kerana kita ingin
'mendapat berita baik'.
Sepatutnya kita melakukan dengan keikhlasan hati. Lakukan hanya semata-mata kerana Allah dan bukannya kerana ada sesuatu yang diingini.
Sesungguhnya pasti Allah akan membalas sesuatu kebaikan dengan kebaikan juga, sama ada di dunia ini atau di akhirat.
Sepatutnya kita melakukan dengan keikhlasan hati. Lakukan hanya semata-mata kerana Allah dan bukannya kerana ada sesuatu yang diingini.
Sesungguhnya pasti Allah akan membalas sesuatu kebaikan dengan kebaikan juga, sama ada di dunia ini atau di akhirat.
Berikut
ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:
1.
Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang
agung-agung dan pengasih di dunia.
2.
Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar
jangkaan dan penyayang di akhirat.
3.
Al-Malik: ( الملك ) Maha Menguasai, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai
dengan kehendakNya sendiri.
4.
Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela
dan kekurangan.
5. As-Salaam: (
السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada
seluruh makhlukNya.
6. Al-Mumin: (
المؤمن ) Maha Pengaman, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu
benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar
dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.
7.
Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung, iaitu memerintah dan melindungi
segala sesuatu.
8. Al-Aziiz: (
العزيز ) Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
9.
Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa, iaitu mencukupi segala keperluan,
melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
10.
Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi
segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.
11.
Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa
asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
12.
Al-Baari: ( البارئ ) Maha Pembuat, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa
yang ada asal mulanya.
13.
Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada
sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang
belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah
mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang
memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
14.
Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi
dosa-dosa dan kesalahan.
15.
Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam
kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
16.
Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi, iaitu memberi banyak kenikmatan dan
selalu memberi kurnia.
17.
Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta
membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
18.
Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan, iaitu membuka gedung penyimpanan
rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
19. Al-Aliim: (
العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada
satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.
20.
Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha
Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang
dikehendaki olehNya.
21.
Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki
bagi siapa yang diinginkan olehNya.
22.
AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha
Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat
kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
23.
Ar-Raafi: ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap
orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu
termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
24. Al-Muiz: ( المعز
) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu
kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan
dan kemenangan.
25.
Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada
musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.
26.
As-Samii: ( السميع ) Maha Mendengar.
27.
Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.
28.
Al-Hakam: ( الحكم ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai
hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak
keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan
hukumNya itu.
29. Al-Adl: ( العدل
) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
30.
Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut
serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan
kecil-kecil.
31.
Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.
32.
Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba,
iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh
memberikan siksaan.
33. Al-Adzhiim: (
العظيم ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan
kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34.
Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada
hamba-hambaNya.
35.
Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan
balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.
36.
Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta
Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin
digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak
yang bagaimanapun pandainya.
37.
Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai
oleh pancaindera ataupun akal manusia.
38.
Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha
Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga
menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan
sedikit pun untuk memberikan balasanNya.
39.
Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan ,
baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40.
Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha
Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya
pada hari Qiamat.
41.
Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran
kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.
42.
Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa
pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
43.
Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada,
iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
44.
Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan
siapa saja yang berdoa padaNya.
45.
Al-Waasi: ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya
merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
46.
Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang
tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
47.
Al-Waduud: ( الودود ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang
menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada
mereka itu dalam segala hal dan keadaan.
48.
Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam
hal kemuliaan dan keutamaan.
49. Al-Baithu: (
الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga
membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur
masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.
50.
Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua
makhluk.
51.
Al-Haq: ( الحق ) Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit
pun.
52.
Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara
penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang
menjadi keperluan mereka itu.
53.
Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang
memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.
54.
Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna
Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.
55.
Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan
semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian
pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.
56.
Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk
memperoleh pujian dan sanjungan.
57.
Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada
satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana
wajarnya.
58.
Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal,
iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
59. Al-Muiid: (
المعيد ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu
menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
60.
Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan
pada setiap sesuatu yang berhak hidup.
61.
Al-Mumiit: ( المميت ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari
apa-apa yang hidup.
62.
Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.
63.
Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik
ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia.
DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.
64.
Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan
apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun
kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.
65.
Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah
tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65
A1-Maajid).
66.
Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.
67.
Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.
68.
Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi
Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat
keperluan.
69.
Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
70.
Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.
71.
Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu
mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam
kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.
72.
Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha
Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan, iaitu melewatkan sebahagian sesuatu
dari yang lainnya.
73.
Al-Awwal: ( الأول ) Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali
dari semua yang maujud.
74.
Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus
setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.
75.
Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu
menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda
ciptaanNya
76.
Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya,
sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.
77.
Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang
Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan
menjadi milikNya.
78.
Al-Mutaaalii: ( المتعال ) Maha Suci / Tinggi, iaitu terpelihara dari segala
kekurangan dan kerendahan.
79.
Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala
Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan
besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.
80.
At-Tawwaab: ( التواب ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan
kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan
menerimanya.
81.
Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada
mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
82. Al-Afuw: ( العفو
) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka
kembali untuk meminta maaf padaNya.
83.
Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan
kasih sayangNya.
84.
Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai
kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di
alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu
semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.
85.
Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik
Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat
yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang
amat banyak dan melimpah ruah.
86.
Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan
kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang
menganiaya dengan keadilanNya.
87.
Al-Jaami: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan
berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat
manusia pada hari pembalasan.
88.
Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu
tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang
selainNya itu amat mengharapkan padaNya.
89.
Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan
Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang
berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.
90.
Al-Maani: ( المانع ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu
membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan
kerosakan.
91.
Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya
/ Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada
musuh-musuhNya
92.
An-Naafi: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat, iaitu meluaslah kebaikan yang
dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.
93.
An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu
menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan
menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
94.
Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan
Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar
berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.
95.
Al-Badii: ( البديع ) Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang
baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya
itu.
96.
Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
97.
Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris,
iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.
98.
Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana /
Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan
dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut
ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
99.
Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan
seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.
No comments:
Post a Comment