Ada
seorang pelancong Arab baru tiba ke Brunei. Dia menaiki teksi untuk bersiar-siar
ke Kuala Belait. Tiba-tiba sebuah kereta ekzos bising memecut dari belakang memotong
teksi yang dinaiki si Arab itu. Terkejut pak arab dan dia berteriak : "ustahiad...!
ustahiad...!"
Tidak
lama kemudian ada lagi kereta sport tersangat laju memotong mereka, si Arab
berteriak lagi:"ishtibustim....! Isthibustim...!".
Kehairanan
pemandu teksi dengan bahasa si Arab itu.Tapi dia tidak mahu bertanya dan
meneruskan perjalanan.
Tidak
semena-mena, ada pula satu kereta canggih memotong, pak Arab teriak lagi: "..aik..!".
Makin
bertambah hairan tu si pemandu teksi itu.
Tidak
lama kemudian sebuah lagi kereta yang atapnya bole terbuka (convertible), si
Arab teriak lagi. "adzam.......adzam...".
Menggaru
kepala si pemandu teksi.
Kemudian,
sebuah kereta sedan kecil pula muncul dari arah kiri, mengucap si Arab: "Ya
Allah, Ikuzus..., Ikuzus ....!"
Tiba-tiba
sebuah kereta mewah memotong lagi kuat si Arab teriak: "irraref... , irraref...!!!"
Setelah
itu, suasana kembali sepi. Si drebar pula berfikir .... fikir..... fikir
lagi............ fikiiiiiir... fikir terusss.. ....
Akhirnya
si pemandu teksi tidak puas hati. Lalu bertanya kepada si Arab: "Tuan,
ente dari daerah Arab sebelah mana? Tidak pernah ana dengar loghat Arab
ente..!??"
Pelancong
Arab jawab: "Ana memang asal kota
Arab lah. Tadi tu ana baca tulisan di belakang kereta-kereta yang memotong!!. Di
Arab, ana baca dari kanan ke kiri.
Pemandu
teksi: "..Haaaaah.....!!?"
Gerenti
korang scroll balik nak tengokkan? Apa laa yang dibaca oleh si Arab tadi?
Ya habibi...ini lawak masih adakah di dunia yang fana ini.
ReplyDelete