Perkara yang biasa dilakukan oleh banyak orang, maka ia
mesti juga dilakukan oleh orang lain. Yakni, sesuatu yang telah biasa dilakukan oleh
banyak orang lain, maka mesti orang terkemudiannya juga melakukannya. Ini
memberi satu ketetapan agar mudah untuk diambil tindakan pada masa depan atau
sesuatu yang berkaitan dengannya. Sesuatu perkara yang tidak wajib asalnya,
tetapi telah dijadikan satu peraturan wajib dalam masyarakat disebabkan adat
dan undang-undang.
Contohnya, setiap lelaki di Malaysia selepas akad nikah
diwajidkan bertaklid mengikut apa yang telah ditetapkan skripnya oleh majlis
agama. Setiap negeri lafaz taklidnya berbeza sebutan, tetapi sama pada
maksudnya.
Ucapan taklid sebenarnya tidak termasuk dalam rukun nikah
atau wajib dilakukan. Bagaimana, berdasarkan adat terpakai di Malaysia, ia
adalah diwajibkan. Perkara ini bagi melindungi hak isteri dan memudahkan satu
pentadbiran jika timbul masalah berkaitan dengannya. Dengan kata lain, apabila
berlaku sesuatu yang lazimnya dijadikan taklid, maka pihak berkuasa agama dapat
melakukan tindakan sewajarnya.
Adat yang diakui itu umumnya terjadi diketahui
mengenainya oleh anggota masyarakat dan bukannya perkara jarang-jarang terjadi. Ini membawa maksud bahawa sesuatu
yang ingin dijadikan peraturan itu hendaklah perkara yang telah difahami atau
biasa dilakukan oleh orang ramai. Bahkan, sesuatu yang dianggap menyalahi
kebiasaan jika kita melakukan sebaliknya, walaupun pada hukum asasnya dalam
Islam mengkehendaki sebaliknya.
Contohnya hal berkaitan memakai kasut atau alas kaki
ketika memasuki pejabat kerajaan mahupun swasta. Umum diamalkan, pejabat
sekarang membenarkan pemakaian kasut walaupun bahagian lantainya ditutupi
dengan permaidani dan bersih. Pada kaedah asalnya Islam mengajar umatnya
menanggalkan kasut apabila memasuki rumah atau bangunan. Ini bertujuan
untuk mengelak kekotoran yang melekat di kasut dibawa masuk ke dalam
rumah.
Namun, adat mamakai kusut dalam pejabat berdasarkan
kepada maslahat dan mengelak mudarat. Bayangkan jika perlu membuka kasut
yang menyebabkan kesukaran dan mengganggu kelicinan tugas. Begitu, juga
kasut ditinggalkan di luar besar kemungkinan akan dicuri.
Jadi, jika ada pejabat yang menetapkan peraturan agar
menanggalkan kasut, maka perlulah meletakkan tanda peringatan atau arahan agar
berbuat demikian. Ini perlu, seperti dijelaskan ialah adat biasanya tidak
perlu ditanggalkan. Jadi, jika ingin dilakukan sebaliknya, maka perlu ada
satu makluman mengenainya.
Pemberian kebenaran menurut adat kebiasaan adalah sama
dengan pemberian berdasarkan kata-kata. Ia membawa erti bahawa adat yang
berlaku bermaksud satu kebenaran untuk semua atau yang biasanya berkaitan
dengannya. Kebenaran yang berasaskan adat itu dianggap sama seperti kebenaran
melalui kata-kata.
Contohnya, sebuah kedai yang telah membuka pintu bermakna
telah membenarkan orang ramai memasukinya. Walaupun tuannya tidak
menjemput orang memasukinya, tetapi tindakan membuka pintu itu telah menjadi
adat yang bermaksud orang boleh memasukinya. Ia boleh dianggap tuan kedai itu
telah membenarkannya secara kata-kata. Maka, jika tuan kadai membuka
pintu, tetapi tidak bermaksud untuk membenarkan orang ramai memasukinya, maka
dia perlu menyatakan tegahan melalui tulisan atau kata-kata. Begitu, juga
jika ia hanya dikhususkan untuk golongan tertentu, maka perlu dijelaskan atau
dimakluman mengenainya.
Hukum itu biasa digunakan dan bukan hanya sekali sekala
saja. Sesuai
dengan apa yang dikatakan adat yang berlaku berulang-ulang, maka hukum mengenai
adat itu juga kerap dan sering kali digunakan atau terjadi dalam
masyarakat. Tidak dianggap satu hukum yang perlu jika ia hanya berlaku
atau digunakan sekali sekala saja.
Keperluan kerap digunakan itulah sebenarnya mengapa ia
perlu dijadikan sumber hukum. Ia jelas menunjukkan
keperluannya. Contohnya dalam aktiviti jualan salam atau tempahan
barang. Ternyata jualan salam yang mana pembeli setuju membeli sesuatu
barang atau produk yang belum siap kini menjadi satu perkara lumrah dalam jual
beli. Kebanyakan barang dibeli melalui salam adalah harta mahal seperti rumah
yang dibina apabila ada tempahan daripada pembeli.
No comments:
Post a Comment