Sunday, 26 August 2018

Jenis alat sukat zaman dahulu

Sejak zaman dahulu masyarakat sudah mula menggunakan pelbagai jenis peralatan timbang dan sukat dalam aktiviti harian mereka. Penggunaan alat timbang dan sukat tradisional ini sememangnya sinonim dengan masyarakat dahulu terutama untuk aktiviti harian dan perniagaan mereka.

Penggunaan kaedah timbang sukat adalah dari sistem imperal tempatan kemudian berubah kepada sistem metrik yang lebih tepat serta seragam mengikut piawaian sejagat menggunakan sistem unit antarabangsa (SI) bermula 1 Januari 1982.

Sistem sukat pada zaman dahulu masyarakat menggunakan gantang sebagai penyukat utama khususnya beras dan gandung. Selain itu, kepul, cupak dan leng digunakan untuk menimbang beras padi untuk skala yang lebih kecil.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar bila kaedah tersebut mula digunakan di alam Melayu.

Genarasi hari ini mungkin sudah tidak mengetahui alatan penyukat seperti itu. Kalau mendengarnya pun tidak pernah, apatah lagi melihatnya dan menggunakannya.  

Di sesetengah tempat, penggunaan pot, leng, cupak dan gantang masih digunakan untuk urusan sukatan beras. 

Kalau mengikut kaedah persamaannya  2 pot bersamaan 1 leng, 2 leng bersamaan 1 cupak, 4 cupak bersamaan 1 gantang. Segantang beras bersamaan dalam kilogram 3.6 kg. Sukatan pot lebih kurang tin susu cair bersaiz kecil.

1 comment: