Durian
dipanggil raja buah. Sesuai dengan gelaran, harga durian kini menjadi buah
ekslusif dan pilihan golongan berada. Harga durian kampung yang pada suatu
ketika dahulu dijual murah apabila musim gugur memuncak, kini masih lagi
dianggap mahal.
Mahal
atau murah harga durian bukan disebabkan ekonomi negara. Harga durian diimbangi
atau ditentukan oleh penawaran dan permintaan. Jika penawaran tinggi dan
permintaan rendah, maka harganya akan jadi rendah. Sebaliknya, jika penawaran
rendah dan permintaan tinggi, maka harga di pasaran akan jadi tinggi.
Harga
durian jadi mahal disebabkan pembeli sanggap membeli dengan harga mahal. Malah
menjadi kebanggan pula dapat makan durian mahal. Mereka akan muat turun gambar
sedang makan durian dan dinyatakan nama jenis durian itu.
Biarpun
tidak dinyatakan harga yang dibayar untuk membeli durian, semua orang maklum
mengenai harga durian popular seperti musang king atau raja kunyit. Hanya orang
kaya sahaja boleh makan jenis durian musang king. Jadi, sesiapa yang muat turun
gambar makan durian musang king, itu boleh diangggap golongan kaya.
Kita
tidak perlu bising dan merungut jika harga durian mahal. Jika rasa tidak
sanggup atau tidak bersedia untuk membeli harga yang ditetapkan, jangan beli.
Anggaplah bukan rezeki kita boleh makan buah durian.
Buah
durian bukan makanan wajib. Jika tidak makan durian tidak akan ada sesuatu
perkara buruk akan berlaku kepada kesihatan. Durian bukan barang keperluan
wajib yang mesti dimakan. Jadi, tidak perlu bimbang atau terbeban perasaan
disebabkan tidak mampu membeli durian.
Ketika
kita tidak makan durian, sebenarnya ramai yang senasib dengan kita. Pertama,
orang tidak makan durian kerana tidak mampu membeli atau membayar harga yang
mahal.
Kedua,
banyak orang tidak makan durian kerana tidak tahan bau dan rasa yang dikatakan
tidak menyenangkan. Dan ketiga adalah kerana masalah penyakit.
Makan
durian memberi kesan buruk kepada mereka mengidap kencing manis, darah tinggi
dan buah pinggang. Beringatlah jika ingin makan durian. Jangan makan terlalu
banyak yang boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.
No comments:
Post a Comment