Peribahasa tentang
kerbau. Seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit . Peribahasa itu membawa maksud
sebagai hanya disebabkan seorang yang melakukan kesalahaan, maka
yang lain pun dikatakan bersalah juga.
Ini adalah satu
peribahasa yang amat bermakna bagi sesebuah negara, masyarakat atau kelompok
dan ianya perlu sentiasa diberikan perhatian oleh semua pihak. Kesalahan yang
mungkin dilakukan oleh individu atau seklompok kumpulan kecil jika didapati
bersalah akan menyebabkan kumpulan atau golongan tersebut dituduh sama.
Tentulah tidak adil
jika kesalahan dilakukan oleh orang lain, individu lain pula dipersalahkan.
Jangan bebankan kesalahan individu atau kumpulan kepada keseluruhan yang lain.
Mereka bukan sahaja tidak bersalah, bahkan tidak setuju dan menentang perbuatan
orang yang melakukan kesalahan itu.
Jadi, berhati-hatilah
agar tidak mudah melabelkan atas nama kaum atau agama jika ada seseorang
melakukan kesalahan. Hukum dan ambillah tidakan sewajarnya kepada orang yang
melakukan kesalahan itu, bukannya kepada orang lain.
Di Malaysia, isu kaum
dan agama amat sensitif. Ia umpama bom jangka yang boleh meletup bila-bila masa
mencetuskan kesan yang amat buruk. Jangan mainkan api perkauman dan agama.
Terlajak perahu boleh
diundur, terlajak kata parah akibatnya.
No comments:
Post a Comment