Ramai orang ingin menjadi
ketua. Sebabnya banyak keistimewaan dan kelebihan sebagai ketua. Namun, pada
masa sama jawatan ketua juga menjadi satu amanah dan bebanan besar. Maka, ada
juga jawatan ketua yang orang tidak suka dan berharap agar dia tidak dipilih
menjadi ketua.
Antara jawatan ketua yang
orang tidak suka ialah menjadi ketua perbarisan kawat. Biarpun tugas itu
mungkin hanya beberapa puluh minit atau paling lama pun sekitar tiga jam, namun
bukan calang-calang orang dapat melakukan tugas dengan baik.
Walaupun tugas sebenar hanya
sekejap, latihan dan raptai mengamil masa yang lama. Ada latihan yang mengambil
masa berbulan-bulan. Itu semua memang memenatkan.
Ketua perbarisan mempunyai
tanggungjawab yang berat. Dia mejadi penentu kepada berjaya atau tidak sesuatu
perbarisan. Sedikit kesilapan daripada ketua perbarisan, maka akan merosakkan
semua pergerakan anggota perbarisan.
Bayangkan, jika satu arahan
tersilap diberikan, dan ada 1000 orang anggota perbarisan, maka kesemuanya akan
melakukan kesilapan. Lebih malang jika perbarisan itu dihadiri tetamu kehormat dan
disiarkan secara langsung di televisyen atau dirakamkan dalam bentuk video.
Sekarang ini, sesuatu yang 'buruk' mudah tular di media sosial.
Ketua perbarisan mesti
mempunyai susuk badan yang tegap dan kelihatan hebat. Suaranya mesti mantap.
Kalau suara merdu macam susu lemak krim, memang tidak layak jadi ketua
perbarisan. Rasanya, penyanyi terkenal pun tidak boleh jadi ketua perbarisan. Suara
ketua perbarisan lagi hebat dan dinanti-nanti oleh semua anggota perbarisan.
Fizikal ketua perbarisan
juga mesti mentap. Mana tidaknya, dia bukan sahaja memberi arahan suara, malah
dia sendiri perlu melakukan pergerakan yang sama.
Memang hebat ketua
perbarisan. Dia yang beri arahan dan dia sendiri perlu melakukan pergerakan
yang dia arahkan itu. Ini dikatakan contoh dan tauladan. Berbeza sekali dengan
jawatan ketua lain. Hanya beri arahan dan menanti anak buah melakukannya.
Ketua perbarisan memang
melakukan sumpah setia bersama anggota perbarisan. Hujan mahupun panas, mereka
tetap bersama. Masa mula dan tamat tugas juga sama. Itulah ketua sejati.
Arahan ketua perbarisan
memang hebat. Setiap apa yang dia arahkan akan terus dilakukan oleh anak buah
dalam tempoh satu saat selepas arahan diberikan. Hebat dan terhebat. Rasanya
tidak ada arahan ketua lain yang mendapat respon atau tindakan sepantas yang
diberi oleh ketua perbarisan.
Pendek kata, ketua
perbarisan memang hebat. Jadi, kepada sesiapa yang dipilih menjadi ketua
perbarisan, terimalah tugas itu dengan bangga, tetapi bukan sombong.
Tahniah kepada ketua
perbarisan. Anda hebat dan terbaik.
Setuju dan terbaik.. Salute
ReplyDelete