Saturday, 3 November 2018

PENYAKIT PISANG LAYU BAKTERIA MOKO

Pokok pisang merupakan tanaman kontang yang banyak ditanam sama ada secara ladang mahupun sekadar di dalam kebun ataupun kawasan tepi rumah. Kebanyakan orang menjadikan pokok pisang sebagai 'penyeri' kawasan sekitar rumah.

Menanam pisang memang mudah. Asalkan ada anak benih pisang dan kawasan kosong yang boleh ditanam pokok itu. Insya-Allah pokok itu akan membesar dan tiba masa matang akan mengeluarkan buahnya.

Namun, pokok pisang juga ada musuh atau penyakit. Pada masa sekarang, kebanyakan pokok pisang telah diserang penyakit layu bakteria atau dipanggil penyakit Moko. Buah pisang yang terkena penyakit ini akan rosak secara keseluruhannya.

Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan bakteria Ralstonia solanacearum. Bakteria ini terdapat pada tanah dan ia boleh hidup pada perumah sehingga 2 hingga tiga tahun. 

Bakteria ini bukan hanya menyerang pokok pisang, malah ia juga menyerang pokok lain seperti tomato, ubi kentang, terung dan tembakau. Bakteria ini biasanya terdapat di kawasan tropika, subtropika dan beberapa kawasan beriklim sederhana di dunia.

Untuk menyelamatkan kerosakan lebih teruk, penggunaan baja khas boleh mengawal penyakit ini. Racun ini ada dijual di kebanyakan kedai menjual input pertanian.

No comments:

Post a Comment