Monday, 19 November 2018

CONTOHI BELANDA MAJUKAN BIDANG PERTANIAN

Sebut sahaja negara Barat, kita bayangkan teknologi industri perbuatan, multimedia, persenjataan, kenderaan dan yang berasaskan perkilangan menjadi teras kepada ekonomi mereka. Namun, itu sebenarnya hanya sebahagian penyumbang kemakmuran di negara Barat.

Bidang pertanian sebenarnya menjadi antara penyumbang kepada ekonomi negara di Barat. Contohnya, Belanda yang terkenal sebagai negara pertanian. Sektor pertanian menjadi sumber kemamuran dan kekayaan kepada rakyat Belanda.

Rakyat Belanda hanya 17 juta orang. Negara Belanda hanya seluas negeri Pahang. Namun, industri pertanian yang dijalankan dengan giat dan moden menjadikan Belanda negara pengeksport pertanian kedua terbesar dunia, produk tenusu, bungaan, sayuran dan daging.

Di Belanda, pemandangan padang ragut yang luas dan kumpulan ternakan menjadi perkara biasa. Begitu juga dengan ladang bunga dan sayur serta buah-buahan menjadi pemandangan utama di Belanda.

Hasil pendapatan industri berkaitan pertanian dan penternakan memberi pendapatan tinggi kepada rakyat dan negara Belanda. Rakyat hidup mewah dan aman dalam persekitaran yang selesa dan indah.

Apa yang berlaku di Belanda membuktikan bahawa bidang pertanian dan penternakan mampu memberi pulangan yang lumayan jika dilakukan secara moden dan berskala besar. 



No comments:

Post a Comment