Sunday, 18 November 2018

KEBAIKAN MENGAMAL URUTAN REFLEKSOLOGI

Refleksologi bukanlah satu pengubatan. Dalam kaedah urutan refleksologi tiada ubat yang dimakan, tiada jarum yang ditusuk, tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan.

Rawatan melalui kaedah urutan refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan sampingan. Juga kebanyakan bukan menyembuhkan tetapi sekadar bertahan dari sakit.

Refleksologi juga bukan mengubat penyakit atau membenamkan penyakit, akan tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul sekaligus penyebab kepada penyakit. Apabila punca kepada penyakit sudah hilang, ini bermakna sudah selesai sakit tersebut.

Urutan refleksologi merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat uraf saraf yang ada di badan di mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.

Kaedah rawatan refleksologi mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dan memulihkan fungsi-fungsi anggta badan yang terganggu dengan cara hilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri iaitu pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak.  

Bila pengaliran darah di seluruh tubuh sudah normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat. Jadi secara umumnya manfaat rawatan refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu sentiasa dalam keadaan sihat.

Sebenarnya, organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah tapak kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapat kelegaan daripada sakit dan kesakitan yang kita lihat seperti sakit jantung, pointnya ada pada kaki sebelah kiri.

Semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir di tapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

Sebagaimana yang diketahui bahawa darah mengalir di dalam tubuh setiap masa. Bila jantung menguncup, ia memberi tekanan kepada darah sehingga darah akan pergi ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu membawa oksigen dan zat-zat makanan untuk keperluan organ-organ tubuh.  

Sebaliknya bila jantung mengembang, darah akan berbalik semula sambil membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke orga-organ pembuangan. 

Semua kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui air kencing. Bila pengaliran darah ini lancar maka setiap organ akan dapat berfungsi secara normal. Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan sihat.

Sebaliknya bila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh tidak lancar maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu. Biasanya proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah dari semasa ke semasa.  

Penyakit terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut "arteriosclerosis". Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen maka fungsinya akan terganggu. Apabila fungsi organ terganggu, maka seseorang itu akan sakit.  

Begitu juga bila sebaliknya, bila darah balik (vena) tidak lancar maka sebahagian kotoran atau toksid tidak akan terbuang. Bila tidak terbuang kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh. 

Sebahagian kotoran atau toksid itu juga akan mendap pada saluran darah balik (vena) yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah penyakit. Penyakit terjadinya penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan istilah "varicosevena".

Maka terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran atau sumbatan pada saluran darah pergi (arteri) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya.  

Tanpa adanya halangan, maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup baik oksigen maupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan dapat berfungsi dan menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna. 

Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik (vena ) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid sama ada karbon dioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna.  

Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara iaitu air kencing, najis, peluh dan pernafasan.

Dengan urutan refleksologi akan melancarkan peredaran darah dalam badan sekaligus menyahkan punca kepada penyakit. Anda boleh lakukannya sendiri di rumah. Urutlah dengan memberi tumpuan kepada organ-organ yang disentuh. Ini adalah kaedah terbaik dalam memberi keberkesanan pada setiap urutan.  

Walau bagaimanapun, urutan yang berterusan dan buat sekerap mungkin adalah sangat membantu mempercepatkan pulih dari sakit.

Selepas melakukan urutan refleksologi biasanya akan berlaku tindakbalas atau kesan seperti:
- Kencing lebih kotor atau bau yang lebih busuk dari biasa. Kadang-kadang ada yang keluar berpasir.
- Bahagian-bahagian tertentu dari anggota akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian akan hilang dengan sendirinya atau kesakitan itu akan berpindah ke tempat lain.
- Rasa letih, lesu dan mengantuk.
- Timbul gatal-gatal pada kulit
- Berak cair atau berminyak
- Kepala terasa sakit
- Muntah-muntah
- Banyak buang angin
- Urat darah nampak timbul
- Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat
- Rasa lebih ringan dan lebih cergas

No comments:

Post a Comment