Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengakui akan ditutup atau tidak mampu terus
memberi pinjaman kepada peminjam baru sekiranya menangguhkan pembayaran balik
pinjaman tabung itu bagi peminjam yang berpendapatan bawah RM4,000
dilaksanakan.
Perkara ini diakui
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan bahawa pihaknya tidak mahu jika
laksanakannya (penangguhan bayaran), pada tahun akan datang kerajaan terpaksa
menutup PTPTN akibat beban hutang tinggi.”
PTPTN ditubuhkan
kerajaan BN untuk memastikan pelajar kurang berkemampuan mendapat pembiayaan
bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Walaupun terdapat
pelbagai insentif untuk bayaran balik termasuklah antaranya penstrukturan balik
pinjaman dan pinjaman ditukar kepada biasiswa, isu pinjaman PTPTN dikenakan
"bunga" bagi bayaran balik dimainkan lebih besar berbanding faedah
keseluruhan PTPTN.
Sepanjang 10 tahun,
rakyat khususnya mahasiswa telah ditanam dalam fikiran bahawa kaedah pinjaman PTPTN
adalah zalim. PTPTN dicap sebagai along berlesen. Pembangkang pada ketika itu
menghasut rakyat bahawa kerajaan BN bertindak zalim membebankan rakyat kerana
pendidikan sepatutnya disediakan secara percuma oleh kerajaan.
Pembangkan pada era
pemerintahan BN bangkit membela nasib mahasiswa dengan menawarkan pendidikan
percuma dan menghapuskan PTPTN jika dipilih menerajui Putrajaya.
Demonstrasi menuntut
sistem pendidikan percuma dan supaya tidak perlu membayar baki pinjaman
digerakkan di seluruh negara.
Rakyat terpengaruh
dengan janji tersebut. Ia bukan sahaja mendapat sambutan di kalangan mahasiswa,
malah turut disokong oleh ibu bapa serta majoriti pengundi.
Hari ini, Pakatan
Harapan menerajui Putrajaya. Harapan besar agar pinjaman PTPTN dihapuskan atau
sekurang-kurangnya ditangguhkan pembayaran bagi mereka yahg berpendapatan bawah
RM4000 sebulan tidak menjadi kenyataan. hng berlesen.
Kini, graduan yang
mempunyai pendapatan RM1000 sebulan akan dikenakan potongan secara bulanan untuk
membayar pinjaman PTPTN.
Kerajaan Pakatan Harapan
terus menyalahkan kerajaan sebelumnya sebagai punca kegagalan mereka menunaikan
janji.
Manakala graduan dan
mahasiswa pula yang sudah bosan dengan dolak dalih kerajaan Pakatan Harapan,
mula bangkit menutut janji secara lebih 'agrasif'.
Sebagai permulaan,
sekumpulan graduan dan mahasiswa melakukan perarakan berjalan kaki dari
Universiti Malaya menuju ke parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada
Menteri Pendidikan. Biarpun jumlah yang menyertainya sedikit, ia adalah satu
manifestasi yang perlu diambil berat oleh kerajaan Pakatan Harapan.
No comments:
Post a Comment