Banjir atau juga disebut bah merupakan
bencana alam. Banjir bukan saja mampu merosakkan harta benda tetapi juga turut
melibatkan kehilangan nyawa.
Sehubungan dengan itu, setiap rakyat
Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko tinggi menghadapi banjir,
harus peka dan bersiap sedia menghadapi ancaman tersebut agar tindakan awal
dapat diambil bagi meminimumkan kerosakan dan mengurangkan kehilangan nyawa
akibat banjir.
Sebagai langkah berjaga-jaga, antara
perkara yang perlu diberi perhatian dalam menghadapi banjir ialah:
- Dapatkan maklumat mengenai banjir
melalui pengumuman radio, televisyen dan pihak-pihak yang berkiatan seperi
bilik gerakan banjir negeri atau daerah.
- Pastikan saluran perparitan di
kawasan sekitar rumah tidak tersekat.
- Pastikan lokasi pusat pemindahan.
- Letakkan dokumen penting dalam bekas
kalis air dan simpan di tempat yang selamat.
- Simpan bekalan makanan dan air
bersih yang mencukupi.
- Pastikan bekalan ubat mencukupi bagi
yang menghadapi penyakit kronik.
- Sediakan barang keperluan asas yang
paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan
peralatan lain sebelum diarah berpindah.
- Memastikan seluruh ahli keluarga
faham mengenai implikasi banjir dan bersedia menghadapinya.
- Meletakkan kenderaan di kawasan yang
tindak pernah dinaiki air dan pastikan kenderaan tersebut berkunci.
- Simpan nombor telefon yang penting
seperti ahli keluarga, jiran, balai polis dan hospital terdekat dan bomba untuk
kegunaan semasa kecemasan.
- Letakkan haiwan peliharaan di tempat
selamat.
- Pindah ke pusat penempatan mangsa
banjir apabila diarahkan berbuat demikian dan seeloknya pindah pada siang hari
dan sebelum keadaan banjir menjadi lebih teruk.
- Jangan biarkan ahli keluarga anda
terutamanya kanak-kanak bermain air di luar rumah.
- Pindahkan peralatan rumah ke tempat
yang paling tinggi di dalam rumah.
- Pastikan dokumen penting tidak
ditenggelami air dan bawa bersama sekiranya diarahkan untuk berpindah.
- Pastikan bekalan elektrik, gas dan
air ditutup semasa meninggalkan rumah.
- Ikut laluan perpindahan yang
diarahkan kerana laluan singkat mungkin boleh mengundang bahaya.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau
wayar yang terjatuh
- Elakkan keluar rumah dengan meredah
banjir jika keadaan tidak mendesak.
- Jangan minum dan menggunakan air
yang tercemar untuk memasak.
No comments:
Post a Comment