Aktiviti
menoreh pokok getah tidak dapat dilakukan pada hari hujan kerana susu getah
yang ditadah menggunakan mangkuk atau plastik akan bercampur dengan air hujan.
Susu getah akan rosak dan tidak sesuai untuk dijual. Kerja-kerja menoreh
menjadi sia-sia dan langkah bijak ialah dengan tidak melakukan kerja torehan
pada hari hujan.
Sebenarnya
terdapat teknologi yang membololehkan aktiviti menoreh
dilakukan pada hari hujan seperti dengan menggunakan alat pelindung hujan (rain
gutter). Dengan teknologi tersebut berjaya mengekalkan panel torehan dalam
keadaan kering sewaktu hujan yang tidak terlalu lebat.
Mengikut
amalan biasa, untuk melaksanakan aktiviti penorehan, pekebun kecil akan mula ke
kebun seawal 3 pagi. Aktiviti penorehan digalakkan di awal pagi kerana tekanan
dalaman pokok (turgor pressure) bagi menghasilkan lateks yang tinggi.
Terdapat
juga teknologi penuaian lateks, Sistem Torehan Berintensiti Rendah atau "Low
Intensity Tapping System" (LITS) yang dapat meningkatkan produktiviti
melalui bahan rangsangan atau penggalak susu getah.
Dengan menggunakan teknologi LITS, pokok getah boleh ditoreh dengan kekerapan yang lebih rendah seperti sekali dalam tempoh empat hari, atau dua kali dalam tempoh seminggu tetapi tetap mengeluarkan hasil yang sama.

Oleh
itu, hari yang tidak menoreh boleh digunakan untuk menoreh di kebun lain bagi
pekebun kecil yang mempunyai kebun yang melebihi 1.2 hektar atau untuk
menjalankan aktiviti ekonomi sampingan seperti integrasi tanaman dan ternakan
bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil.
Alat
Pelindung Hujan Untuk Panel Dan Alur Torehan Alat pelindung hujan ialah sebarang
peralatan berbentuk “awning” yang boleh digunakan dan mampu memberikan
perlindungan terhadap alur torehan dari basah akibat lelehan air hujan yang
turun ke batang pokok.
Penggunaan
alat ini dapat membantu meningkatkan hari menoreh dengan cara mengelakkan panel
torehan menjadi basah akibat hujan gerimis. Penggunaan alat ini digabungkan
dengan torehan lewat dan torehan ganti.
Torehan lewat ialah torehan yang dilakukan di luar masa kebiasaan torehan disebabkan oleh hujan pada awal pagi.
Torehan lewat ialah torehan yang dilakukan di luar masa kebiasaan torehan disebabkan oleh hujan pada awal pagi.
Contohnya,
masa torehan biasa bermula dari jam 3 pagi. Namun, disebabkan hujan di awal
pagi, torehan lewat dilakukan pada tengahari. Manakala torehan ganti merujuk
kepada hari torehan yang diubah pada hari berikutnya disebabkan hujan lebat
yang turun pada hari menoreh.
Peningkatan hari menoreh seterusnya dapat meningkatkan produktiviti kawasan di mana hari menoreh yang banyak mampu meningkatkan hasil torehan per unit kawasan.
Peningkatan hari menoreh seterusnya dapat meningkatkan produktiviti kawasan di mana hari menoreh yang banyak mampu meningkatkan hasil torehan per unit kawasan.
Persepsi
mengenai torehan di musim hujan boleh diperbaiki dan teknologi dan kaedah sedia
ada dapat membantu meneruskan aktiviti menoreh. Anggapan yang penorehan hanya
boleh dilakukan pada awal pagi harus diperbetulkan.
Sebenarnya penorehan boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan mengambil maklum yang hasilnya adalah berbeza-beza berdasarkan pada waktu tekanan turgor yang tinggi iaitu pada waktu pagi dan akan berkurangan apabila tiba waktu tengah hari dan petang.

Apa yang dinyatakan di atas itu adalah
teori, namun dari segi praktikalnya masih belum meluas diamalkan di Malaysia
biarpan telah digunakan di beberapa buah negara pengeluar getah lain.
Satu masalah ialah mengenai kos penyediaan pelindung. Keduanya, Malaysia antara negara penerima taburan hujan yang tinggi hampir sepanjang tahun.
Satu masalah ialah mengenai kos penyediaan pelindung. Keduanya, Malaysia antara negara penerima taburan hujan yang tinggi hampir sepanjang tahun.
Untuk menoreh getah bukan perkara
muda, tambah lagi pada musim hujan. Kita tahu, dalam keadaan hujan kebanyakan
orang tidak berada di luar rumah.
Bayangkan nasib penoreh getah meredah gelap malam dalam keadan hujan dan persekitaran kebun yang jauh dari rumah berada di pinggir hutan dan kawasan berbuktit.
Bayangkan nasib penoreh getah meredah gelap malam dalam keadan hujan dan persekitaran kebun yang jauh dari rumah berada di pinggir hutan dan kawasan berbuktit.
Begitu juga terori mengenai torehan
lewat. Pada musim tengkujuh, hujan turun tidak tentu masa. Sekejap hujan sekejap
tidak. Ada kalanya hujan turun sepanjang hari. Jadi, apa yang dimaksudkan
dengan torehan lewat?
Pihak kerajaan tidak seharusnya sekadar
mencadangkan tanpa melihat realitinya. Langkah lebih progaktif dan menyeluruh
perlu difikirkan untuk meningkatkan taraf hidup pekebun getah, bukan sekadar
mencadangkan.
No comments:
Post a Comment