Friday, 7 December 2018

MAKSUD PERKATAAN SELAWAT

Definisi atau makna perkataan 'selawat' ialah berasal dari bahasa Arab, diambil daripada perkataan solat yang bererti doa atau pujian. 

Maka apabila kita berselawat terhadap Nabi Muhammad SAW bermakna kita memuji dan berdoa kepada baginda sesuai dengan kedudukan sebagai manusia paling mulia dan telah membawa rahmat kepada seluruh alam.

Perintah kepada umat Islam untuk membaca selawat untuk Rasulullah SAW sepertimana dalam firman dalam surah al-Hhzab ayat 56 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan".

Ayat di atas tidak menjelaskan satu bentuk nas selawat tertentu untuk dibaca apabila seorang Muslim hendak membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Namun demikian, terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi SAW telah bertanya Baginda cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah: Dari hadis An-Nasai yang bermaksud: "Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya."

Selalulah berselawat kepada Nabi SAW agar kita umatnya yang mendapat keberkataan hidup di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment