Berjuang
atas nama bangsa dengan kebaikan yang dituntut oleh Islam tidak menjadi
kesalahan. Apa yang salah ialah apabila berjuang atas nama bangsa sehingga
menindas dan memusuhi bangsa lain.
Sepanjang
Melayu berjuang untuk Melayu, bangsa lain tidak ditindas. Kaum lain dapat hidup
aman dan mencari rezeki dengan baik. Bahkan, kaum lain mendapat kekayaan lebih
banyak berbanding kaum lain. Jadi, di mana salahnya berjuang atas nama Melayu?
Wahai
Melayu, sedar, insaf dan bangkit bersatu demi mempertahankan Melayu serta
peribumi daripada berdepan dengan kehancuran agama, bangsa dan tanah air.
Jangan
biarkan generasi merempat di tanah sendiri, Jangan biarkan ayam mati kelaparan
di kepuk sendiri dan itik kehausan di kolam sendiri. Jangan satu ketika nanti
kubur kita menjadi tandas awam untuk dikencing oleh anak cucu kita.
Melayu mesti kuat untuk hadapi cabaran masa kini. Kuat Melayu
bermakna Islam hebat di Malaysia. Sesiapa berusaha bina Melayu kuat, itu juga
cara berjuang untuk Islam. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan mengenai
takrif Melayu adalah beragama Islam, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan
adat istiadat Melayu. Maka, jika seorang Melayu meninggalkan Islam, bermakna
dia tidak lagi dianggap Melayu.
Dengan
kata lain, jika memperjuangkan Melayu, bermakna memperjuangkan Islam. Akar
Melayu itu Islam. Banyak Melayu di Malaysia asalnya bukan Tanah Melayu, hingga
ada dari benua India. Mereka jadi Melayu melalui Perkara 160 (2) yang kata
akarnya adalah Islam.
Pesan
Hasan Al-Banna: "Jika bangsa Arab terhina, hinalah Islam". Ungkapan
pesanan itu sesuai digunakan untuk bangsa Melayu. Jika bangsa Melayu terhina,
maka hinalah Islam. Maka, bangsa Melayu mesti menjdi bangsa berkuasa, hebat dan
dihormati agar Islam juga dihormati.
Kamus
Dewan Edisi Keempat mendefinisikan takrif maksud Melayu sebagai nama suatu
bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk Melayu a) mengikut
cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu:
Melayu istilah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yang memperlihatkan
keperibadian orang Melayu: suasana kampung yang masih terikat erat dengan
tradisi dan adat-istiadat Melayunya; golongan yang mahu unsur Melayu diutamakan.
Sepatutnya
titik persamaan ini sama-sama dihidupkan, tetapi sengaja dilemahkan semata-mata
kerana kepentingan mendapat sokongan politik untuk mendapat kuasa, tanpa
perhitungan baik dan buruk, aman dan huru-hara.
Mereka
juga menyatakan tidak senang terhadap beberapa perkara yang membela Melayu dan
Bumiputera yang dipinggirkan sejak zaman penjajah dan masih terkebelakang
selepas kemerdekaan, tanpa dinafikan pembelaan terhadap kaum lain yang
bermasalah, namun Melayu dan Bumiputera paling ramai miskin.
No comments:
Post a Comment