Friday, 7 December 2018

KESAN BAIK DIPELUK SESEORANG

Sebuah pelukan memberi banyak kebaikan. Namun, bila disebut perkataan pelukan atau perbuatan berpeluk lebih menjurus kepada pelukan bersifat seks melibatkan pasangan suami isteri atau kekasih. 

Mengapa kita mudah mengalihkan pemikiran kita kepada yang berkaitan seks semata-mata, sedangkan nilai dan hubungan pelukan amat luas.

Perhatikan pelukan terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidakkah kita sebenarnya membesar dalam pelukan dan kasih sayang. Bayi dan kanak-kanak yang sentiasa mendapat pelukan akan membesar fizikal dan rohaninya lebih positif.

Namun, apabila dewasa, kita jarang mendapat pelukan. Ibu dan bapa jarang memeluk anak-anak, lebih-lebih lagi yang berlainan jantina. Terasa janggal dan takut dikatakan bukan-bukan. Sedangkan sebenarnya, orang dewasa juga perlukan kepada pelukan.

Agar mudah lebih fokus kepada tajuk berpeluk ini, kita bincangkan tentang pelukan suami isteri dan dalam keadaan tertentu merujuk kepada sesama jantina dewasa (bukan LGBT).

- Memeluk pasangan boleh meningkatkan rasa selesa dan percaya. Amalan itu mewujudkan rasa saling memerlukan dan memberi kebaikan secara rohani dan fizikal. Pelukan dan sentuhan menjadi satu 'magnet' merapatkan hubungan.

- Sebuah pelukan terbukti punya khasiat yang luar biasa. Rasa cemas dan tekanan darah boleh reda dan kembali normal. Ketika memeluk orang yang disayangi akan meredakan rasa cemas, menghilangkan tekanan dan meningkatkan keyakinan.

- Saling berpelukan adalah cara paling mudah untuk melahirkan rasa bahagia. Hormon yang bersifat melahirkan sifat negatif, agrasif dan marah akan dapat dikawal dan dirredakan. Tubuh yang sentiasa dipeluk akan dapat mengawal tingkahlaku negatif.

- Sebuah pelukan dari teman atau keluarga akan membuatmu menyadari, bahawa kamu adalah insan yang dihargai. Sejak kecil, kita memang sudah akrab dengan pelukan dan belaian yang diberikan oleh keluarga dan orang-orang terdekat. Saat masih kecil, pelukan belum akan begitu terasa maknanya. 

Namun semakin beranjak besar, pelukan dan belaian semakin terasa berguna untuk meningkatkan rasa berharga dan percaya diri seseorang. Pelukan membuatkan kira berasa dilindungi dan ada yang menyokong kita dalam menghadapi apa juga keadaan.

- Kebiasaan berpelukan menjadikan hidup seimbang. Kita mampu mengendalikan emosi agar dapat menjalani kehidupan lebih tenang. Berpelukan dapat menstimulasi sistem saraf parasimpatis dalam tubuh seseorang. 

Sistem saraf parasimpatis bertugas menjaga emosi seseorang. Saraf parasimpatis ini akan melemah apabila kita sedang berada dalam keadaan cemas dan tidak tenang. 

Semakin tinggi kadar kecemasan, semakin rendah rasa tenang yang dihasilkan oleh sistem saraf parasimpatis.

- Apa yang dirasakan memang layak disuarakan. Meski tanpa bicara, pelukan boleh menjadi kaedah menyampaikan isi hati dan perasaan. Rasa tenang dan nyaman serta aura positif yang dihasilkan dari pelukan dapat membantu dalam mengawal emosi secara lebih teratur.

- Pelukan mengajarkan kita tentang memberi dan menerima. Pelukan dapat mengajarkan kepada kita bagaimana caranya memberi dan menerima. Sebuah pelukan memberikan perasaan menerima dan diterima secara bersamaan, menunjukkan pada kita bagaimana kasih sayang dapat berjalan dari dua arah.

- Satu pelukan setara dengan meditasi. Rasanya tidak melebih-lebihkan kalau dikatakan pelukan setara dengan meditasi. Pelukan mengajarkan seseorang untuk melepaskan segala beban dan masalah yang sedang dihadapi dan membuat seseorang mengalir bersama energi kehidupan. Dengan berpelukan,

- Meningkatkan empati dan pengertian. Kuasa yang mengalir dari pasangan yang sedang berpelukan merupakan kebaikan dalam sebuah hubungan. Dapat meningkatkan empati dan pengertian di antara Anda dan pasangan.

- Membuka ruang komunikasi. Pelukan dapat membuka ruang komunikasi dan melepaskan ketegangan dalam hubungan. Sebuah pelukan akan menjadi penawar yang berkesan untuk mengembalikan suasana tenang dalam hubungan.

Justeru, mengapa tidak menjadikan berpeluk sebagai amalan harian. Amalkan yang baik, hasilnya akan tetap baik.

No comments:

Post a Comment