Friday 7 December 2018

KHIDMAT JURUPELUK SECARA PROFESIONAL

Kita biasa dengan tentang khidmat pelacuran dan perempuan khidmat pelanggan. Kalau lelaki pula dipanggil gigolo. Sekarang ini ada pula diperkenalkan perkhidmatan pelukan atau pemeluk. Perkhidmatan ini belum meluas kerana mungkin kerana ia juga boleh diperoleh jika menggunakan khidmat pelacur dan gigilo.

Khidmat pemeluk disediakan untuk individu yang memerlukan dia dipeluk untuk sesuatu keadaan. Mungkin untuk ketenangan, menghilangkan rasa takut, melepaskan kerinduan, kesepian, kerinduan dan sebagainya.

Perbezaan khidmat pemeluk berbanding pelacur dan gigilo ialah tidak ada hubungan seksual. Ia berlangsung secara profesional berdasarkan kaedah 'rawatan' yang diperlukan oleh pelanggan. Ia dikatakan bukan atas dasar nafsu seks, tetapi lebih kepada rawatan dan memenuhi keperluan rohani.

Untuk memberi khidmat secara lebih berkesan, individu yang menjadi pemeluk diberi latihan khusus kerana setiap gaya atau cara pelukan memberi kesan yang berbeza.

Semasa memberi atau menerima pelukan, terdapat peraturan yang ditetapkan untuk mengelak kepada menjurus kepada layanan seks. Antara yang ditetapkan ialah tidak boleh menyentuh bahagian sensitif berkaitan seks.

Bayaran untuk setiap sesi berpeluk tidak kurang harga jika dibandingkan yang diterima oleh pelacur dan gigilo.

Apapun perkhidmatan yang diberikan dan peraturan yang dibuat, cara 'rawatan' itu tidak dibenarkan oleh Islam.

No comments:

Post a Comment