Thursday, 6 December 2018

PERATURAN KELEBIHAN GOL DI TEMPAT LAWAN

Biarpun bola sepak sukan paling diminati di Malaysia dan seluruh dunia, namun masih ada yang tidak faham mengenai peraturan permainan. Bersorak macam nak runtuh rumah, tapi peraturan perlawanan tidak faham. Ramai yang bertanya mengapa Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala AFC Suzuki 2018 sedangkan seri dengan Thailand pada peringkat separuh akhir.

Ini jawapan kepada yang masih tidak faham. Sebenarnya tidak ramai yang tidak faham, kecuali peminat bola apabila Malaysia menang aje. Maksudnya bukan peminat tegar. Lebih layak dipanggil peminat hangat-hangat tahi ayam.

PERATURAN KELEBIHAN GOL DI TEMPAT LAWAN

Malaysia seri dengan Thailand (agregat 2-2) dan melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC Suzuki.

Perlawanan 1
Malaysia vs Thailand (0-0)
Stadium Nasional Bukit Jalil

Perlawanan 2
Thailand vs Malaysia (2-2)
Stadium Rajamangala, Bangkok

Malaysia layak kerana mempunyai 2 jaringan di tempat lawan.
Andai Malaysia seri 3-3 pada perlawanan pertama di Kuala Lumpur, agregat menjadi 5 sama dan Thailand akan melangkah ke perlawanan akhir kerana mempunya 3 jaringan di tempat lawan.

Namun, ini bukanlah satu-satunya peraturan yang diamalkan. Peraturan berubah mengikut penggunaan di setiap kejuaraan yang ditetapkan penganjur. Tentu sekali peraturan di tempat lawan tidak terpakai jika tidak berlaku perlawanan timbal balas atau perlawanan sekali sahaja.

Contoh peraturan lain:
- Peraturan kelebihan jaringan di tempat lawan tidak dikira, agregat seri akan berlanjutan kepada masa tambahan selama 30 minit (15 minit setiap separuh masa). Jika masih agregat sama, perlawanan akan dilanjutkan dengan sepakan penalti.

- Selain peruntukan masa tambahan untuk agregat sama, pernah ada peruntukan "golden goal". Pasukan yang menjaringkan gol buat pertama kali pada masa tambahan akan dinobatkan sebagai juara dan automatik perlawanan ditamatkan.

- Jika untuk kejuaraan persahabatan, agregat seri boleh bererti kejuaraan untuk kedua-dua pihak.

- Selain itu, agregat seri setelah penuh masa boleh terus berlanjutan dengan sepakan penalti.

- Formula berbeza terpakai untuk permainan bola sepak yang berteraskan liga dilakukan. Contoh, seperti perbezaan jaringan, jumlah gol, jumlah bolos dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment