Hujan merupakan rahmat Allah kepada
bumi dan seisinya. Melalui hujan Allah menumbuhkan berbagai tanaman untuk
memberi rezeki kepada umat manusia.
Firman Allah SWT yang
bermaksud: "Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia), kehidupan
dunia sebagai air hujan yang kami turunkan dari langit, Maka menjadi subur
kerananya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi
kering yang diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala
sesuatu." (Al-Kahfi: 45)
Firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dari langit air yang penuh
berkah lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman
yang diketam, dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang
bersusun-susun, untuk menjadi rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan
dengan air itu tanah yang mati (kering). Seperti itulah terjadinya
kebangkitan.” (Surah Qaaf, ayat 9-11)
Firman Allah dalm
surah Yasin, ayat 33 bermaksud: "Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang
besar bagi mereka adalah bumi yang mati. Kami hidupkan bumi itu dan Kami
keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripadanya mereka makan."
Ayat
di atas menunjukkan bahawa pada awalnya bumi ibarat planet yang mati kerana
tidak ada kehidupan di dalamnya. Namun dalam perkembangannya bumi menjadi
tempat yang sesuai bagi kehidupan dan Allah menyediakan tanaman bagi manusia.
Selain
berfungsi sebagai pembekal oksigen bagi kehidupan, dari tanaman juga dapat
dituai hasil bijian, buah dan bahagian tumbuhan yang boleh dimanfaatkan.
Ayat
di atas juga menunjukkan bahawa pada dasarnya tanaman mestinya diusahakan agar
dapat digunakan sebagai makanan. Tanpa adanya usaha maka tanaman yang ada tidak
akan mampu memenuhi keperluan manusia.
Oleh
sebab itu ayat ini diikuti dengan ayat berikutnya. Firman Allah dalam surah
Yasin ayat 34 bermaksud: "Dan kami jadikan padanya
kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata
air."
Dijadikannya
kebun-kebun menunjukkan Allah membimbing manusia untuk berusaha. Untuk
menghasilkan produk yang banyak dan baik, perlu kepada kaedah yang sesuai.
Pada
awalnya mereka mengambil air dari mata air untuk menyirami tanaman dan memberi
minum ternak, kemudian mengalirkannya menjadi sistem pengairan yang membolehkan
kawasan pertanian diluaskan. Bumi ini amat sesuai diusakan sebagai tempat
pertanian dengan dibantu oleh sumber air bawah tanah dan air hujan.
Firman
Allah dalam surah al-Baqarah ayat 22 yang bermaksud: "Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai
bumbung, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan
hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu
mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui."
Sesungguhnya
keberadaan air atau air hujan akan menumbuhkan pelbagai jenis tumbuhan. Inilah
gambaran melalui dua gambar di atas. Gambar sebelah kiri adalah ketika sebelum
hujan dan gambar di kanan adalah pemandangan dua atau tiga hari selepas hujan.
No comments:
Post a Comment