Sunday, 9 December 2018

FESYEN JUBAH TERKINI

Busana fesyen jubah tidak asing lagi dengan wanita pada masa kini. Jika dahulu fesyen jubah hanya menjadi pilihan golongan wanita berumur dan berstatus hajah, kini telah menjadi pilihan semua peringkat umur. 

Rekaan jubah kini sangat ekskutif dan ringkat. Sesuai untuk dipakai dan digayakan untuk pelbagai majlis. Jubah kini telah dianggap fesyen universal dan tidak lagi khusus untuk ke masjid atau menghadiri majlis keagamaan.

Kain cotton yang lembut sangat selesa unruk dipakai, Malah jika suasana yang sejuk pasti terasa nyaman dipakai. Kebanyakkan baju jubah juga daripada kain cotton. Jubah cotton lembut yang bersifat selesa, tidak panas dan mudah digosok. Yang penting boleh menutupi aurat dengan sempurna.

Wanita yang sangat teliti dalam jenis kain akan berpuas hati dengan kualiti jubah cotton ini kerana tidak menampakkan bentuk badan dan sangat senang digosok.

Jubah yang berkilau dengan kain yang licin ini sangat tinggi permintaan yang diminta oleh pelanggan di tailor mahupun dikedai butik yang lain.

Jubah kain satin juga tidak kurang mendapat sambutan. Kain satin memang sangat senang digosok serta kain yang sesuai untuk dipakai.

Jadinya cuba lah menukar citarasa anda untuk memakai jubah pula selepas ini. Pasti sangat berpuas hati dengan kualiti yang ada pada jubah satin. Jubah satin ini juga sangat sesuai dipakai untuk ke masjid dan juga ke majlis agama ataupun majlis kahwin. Tidak mudah ronyok tau kalau menggayakannya.

Selain berkaitan kain, jubah menjadi pilihan adalah yang mudah untuk mengambil wuduk dan menyusukan bayi.

Yang pasti, jubah kini menjadi pilihan ramai.

No comments:

Post a Comment