Sunday, 9 December 2018

JANJI KEJAYAAN SESIAPA JAGA SEMBAHAYANG


Permohonan pertolongan dari Allah SWT, hadirnya kebenaran, lenyapnya kebatilan serta tegaknya agama Allah di muka bumi, tidak akan datang kecuali setelah tertegaknya solat dalam diri manusia. 

Allah akan mengubah apa yang terjadi di muka bumi ini dari kebatilan menjadi keadilan, dari kerosakan menuju kebaikan. Semua itu terjadi ketika sembahyang sentiasa dipelihara. Berhati-hatilah...jangan sampai tertidur atau terlalu asyik dengan pekerjaanmu sehingga terlepas waktu yang mulia ini.

Kejayaan itu milik orang-orang yang mendirikan
sembahayang....Hayya 'AllasSolah Hayya 'AllalFalah.

Sembahyang lima kali sehari adalah suatu ibadah yang telah diwajibkan oleh Allah ke atas manusia sebagai sebagai tanda untuk kita sentiasa mengingati-Nya dan tidak melupai-Nya dalam setiap perkara.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan perintahkan keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” (Surah Thahaa, ayat 132)

Untuk menjadi umat Islam yang berjaya, kita tidak boleh mengabaikan solat terutamanya solat-solat fardu. Siapa jaga solat, maka dia adalah orang yang berjaya. Allah tak pernah janji, orang yang kahwin akan dapat anak. 

Allah tak pernah janji, orang yang kerja siang malam akan jadi kaya. Namun Allah berjanji siapa yang jaga solat, dia adalah orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Jangan sesekali melengahkan solat hanya semata-mata untuk melakukan kerja dunia. Kerana dengan solatlah memudahkan segala urusan dunia kita. Sesungguhnya janji Allah itu pasti! Bukan seperti janji manusia yang mungkin dimungkiri.

No comments:

Post a Comment