Silat merupakan salah
satu seni mempertahankan diri yang menjadi warisan bangsa Melayu dan Nusantara
yang telah wujud sejak zaman berzaman lamanya.
Pencak, buah pukul dan seni
tempur wujud dalam silat merupakan seni mempertahankan diri yang berasal
daripada orang Melayu dan telah wujud ribuan tahun lamanya.
Perkembangan
silat dan inovasi pergerakan yang dilakukan oleh para pengamalnya, terdapat
lebih 8,000 jenis silat di seluruh kepulauan Melayu meliputi Indonesia, Brunei
dan Singapura termasuk Malaysia.
Bagaimanapun asal usulnya belum dapat dipastikan bagaimana silat itu wujud dan siapa yang menciptanya dengan ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun diperturunkan dari generasi ke generasi.
Berdasarkan
pemerhatian dan kajian, yang ada hanyalah warisan setiap jenis silat yang
mempunyai sejarah tersendiri namun tiada susur galur khusus dapat menjejak asal
usul kewujudan silat.
Silat
turut melalui proses inovasi apabila setiap penuntut mengembangkannya hingga
wujud beberapa pergerakan baharu selain jumlah pertubuhan silat semakin
bertambah dan penuntutnya pula meningkat saban tahun.
Memang
tepat jika silat dikenali dengan nama seni silat. Setiap seni mempunyai
perkembangan atau inovasi kerana seni itu sendiri sentiasa hidup dan
berkembang.
Namun,
sebanyak banyak pun seni silat mengalami perubahan, ia tetap tidak terkeluar
dari akar budi dan konsep amalan dalam budaya di Nusantara.
Seni
silat ini bukan sahaja mengajar ahlinya bagaimana mempertahankan diri tetapi
juga untuk membina satu masyarakat yang mempunyai ketahanan dalaman jati diri,
displin, pembentukan sahsiah yang tinggi.
Sekarang
ini seni silat bukan sahaja terkenal di Nusantara, bahkan kini turut mendapat
tempat di seluruh dunia, termasuk di Barat apabila seni silat turut dijadikan
sukan di peringkat antarabangsa.
No comments:
Post a Comment