Wednesday, 5 December 2018

Potongan Gaji Berjadual Pinjaman PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan kaedah bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019.

Kaedah PGB itu akan dilaksanakan mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam apabila gaji mencecah RM2,000 sebulan dan peratus potongan adalah di antara dua peratus hingga 15 peratus. 

Untuk merealisasikan kaedah tersebut, PTPTN akan bekerjasama dengan semua agensi berkaitan antaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mendapatkan maklumat pendapatan dan butiran majikan peminjam. 

Berdasarkan maklumat diperoleh, PTPTN akan mengeluarkan arahan potongan gaji mengikut peratus potongan kepada majikan.

Menjadi tanggungjawab majikan untuk membuat potongan gaji pekerja bagi bayaran balik pinjaman kakitangan mereka kepada PTPTN.

No comments:

Post a Comment