Banyak berlaku salah faham dalam
komunikasi. Apa yang ingin disampaikan tidak dapat terima dengan baik oleh
pihak lain. Kejadian ini disebabkan wujudnya halangan dalam komunikasi.
Halangan dalam komunikasi boleh mendatangkan kesan buruk atau merugikan.
Justeru, soal halangan dalam komunikasi tidak harus dipandang ringan.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan
berlaku halangan dalam komunikasi ialah:
- Maklumat tidak mencukupi yang
menyebabkan penerima tidak dapat memahami apa yang telah disampaikan kepadanya.
- Maklumat yang berlebihan juga satu
halangan yang boleh menyebabkan penerima keliru dan tidak dapat memastikan apa
yang perlu diberi perhatian.
- Maklumat melalui pihak ketiga pihak
ketika menyebabkan ada maklumat tidak disampaikan sepenuhnya kepada pihak
penerima.
- Keadaan penerima yang kurang
berminat dengan maklumat juga satu halangan yang mengganggu proses komunikasi.
- Keadaan bosan juga punca atau faktor
gangguan komunikasi.
- Sikap berasa sudah tahu menyebabkan penerima
ambil sambil lewa, sedangkan ada perkara baru yang sebenarnya dia tidak tahu.
- Komunikasi melibatkan penggunaan
bahasa. Jika penggunaan bahasa yang tidak jelas tentu sekali mengganggu
komunikasi.
- Ketika proses komunikasi, kedua-dua
pihak hendaklah dalam keadan tenang. Sekiranya dalam keadaan marah, sedih, keliru
atau tertekan, sudah pasti komuniksi tidak berjalan lancar.
- Penyampaian yang kurang menarik
menyebabkan penerima tidak berminat untuk mendengarnya.
- Kedua-dua pihak perlu fokus. Jika memikirkan
sesuatu yang lain, maka proses komunikasi akan terganggu.
- Persekitaran juga memainkan faktor
dalam menjayakan komunikasi. Komunikasi akan terganggu jika keadaan bising,
kedudukan yang jauh, susasan gelap atau dalam keadaan kotor.
- Tiada peluang untuk dapatkan
penjelasan
- Perkataan yang mempunyai banyak
makna.
-
Wujudnya tanggapan yang berbeza antara penghantar dan penerima mesej
Perbezaan
tanggapan ini wujud disebabkan penghantar dan penerima mempunyai latar belakang
pendidikan atau pengalaman hidup yang berbeza.
-
Wujudnya perbezaan dari segi persekitaran budaya dan sosial seperti perbezaan
umur, bangsa dan jantina.
No comments:
Post a Comment