Tuesday, 8 January 2019

KAMPUNG PELANGI TEBING SUNGAI KELANTAN

Program 'Kampung Pelangi' hasil inisiatif Pertubuhan Wanita Prihatin Kelantan (PWPK) dengan kerja­sama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertujuan mentransformasi perkampu­ngan di tebing Sungai Kelantan sekali gus menarik perhatian pelancong.

Sebanyak 148 rumah di Kampung Sungai Budor dan juga Kampung Nik Nal dijangka terlibat dengan kos keseluruhan RM 1.5 juta termasuk bagi kerja mengecat dan baikpulih. Kerja-kerja dibuat berasaskan gotong-royong dan dibahagikan beberapa fasa. Selain itu khidmat kontraktor turuk digunakan untuk tugas tertentu.

Kawasan ini lebih dikenali dengan nama hujung tanjung Sungai Budor dan menjadi tempat tumpuan pemancing ikan, kebanyakan rumah dibina rapat-rapat atas tanah yang disewa dengan pihak lain.

Diharapkan dengan transformasi kampung yang berlaku terutama kehadiran pelancong yang dapat menjadi ekonomi setempat. 

No comments:

Post a Comment