Thursday, 17 January 2019

BERI WANG KEPADA IBU BAPA

Bagi anak yang sudah bekerja elok memberi sumbangan kepada kedua ibubapa. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia atau kesihatan.

Kalaupun masih berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat memenuhi keperluan adaik beradik yang masih belum bekerja. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibubapa.

Sebenarnya sumbangan tersebut, tidak seberapa berbanding dengan jasa ibubapa membesar dan mendidik kita.

Tidak menjadi miskin atau semakin susah anak-anak yang memberi bantuan kepada ibu bapa. Sebaliknya, amalan itu membenihkan keberkatan kepada hidup. Kehidupan menjadi lebih tenang dan bahagia.

Allah menjanjikan kebaikan kepada anak yang berbakti kepada ibu bapanya. Jadi, kalau anda ingin berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat, jangan berkira untuk menyumbangkan bantuan kepada ibu bapa.

Allah membuka pintu rezeki yang lebih luas kepada sesiapa yang membahagiakan ibu bapa.

No comments:

Post a Comment