Thursday 17 January 2019

TIDAK HINA MENJADI KULI


Tidak hina menjadi kuli atau perkerja kepada orang lain. Namun, selama mana kita ingin terus menjadi kuli. Taukeh kaya raya, sedang kuli terus berada pada tahap sama. Cuba cari peluang untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Kebanyakan kejayaan bermula dengan kegagalan. Daripada kegagalan tersebut, kita bangkit dengan penuh bersemangat dengan satu tujuan iaitu untuk berjaya bukan sahaja di dunia malah akhirat sama.

Untuk memperoleh kejayaan dalam hidup, anda perlukan teknik-teknik yang betul. Tanpa teknik yang betul, anda seperti berperang tanpa pedang dan memasuki dewan peperiksaan tanpa membuat persediaan.

Untuk berjaya, berkongsilah atau ambil inspirasi daripada orang yang telah berjaya. Kejayaan mereka pasti dicapai kerana mereka telah melakukan perkara betul yang boleh dijadikan ikutan.

Memang tidak mudah kita untuk bertemu secara terus dengan orang berjaya kerana batasan masa dan peluang. Namun, kejayaan seseorang biasanya dikongsikan melalui penulisan sama ada melalui berita, rencana mahupun buku. Bacalah cerita kejayaan mereka yang akan menceritakan cara mereka atasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri selepas penat lelah yang dialami.

Satu perkara penting dalam berusaha ialah hendaklah berfikiran positif dan bersemangat untuk mencapai sasaran. Anda mesti yakin bahawa anda boleh melakukannya. Sekiranya anda bermotivasi, orang di sekeliling anda juga secara tidak langsung dapat menyedut aura anda. Ini menjadikan hari anda lebih bermakna.

Percayalah bahawa makhluk yang Allah ciptakan mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri, tiada yang lebih dan tiada yang kurang.

No comments:

Post a Comment