Wednesday, 16 January 2019

NAMA POPULAR DI MALAYSIA


Salah satu hak anak yang harus dipenuhi oleh orang tuanya ialah memberikan nama yang baik. Abu Hasan meriwayatkan bahawa suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘‘Ya Rasulullah apakah hak anakku terhadapku?” 

Jawab Rasulullah: ‘‘Anak berhak mendapat nama yang baik kerana nama yang diberikan oleh orang tuanya menentukan kehormatannya.’’ 

Justeru itu, tidak boleh menamakan anak atau menamakan diri sendiri dengan nama yang tidak mempunyai erti yang baik. Dari perspektif Islam, walaupun perbincangan mengenai nama adalah sesuatu yang sangat luas skopnya, akan tetapi sebagai pengenalan, nama sebenarnya menjadi lambang kepada seseorang.  

Apabila sebut Muhammad atau Abdullah, itulah lambangnya dan nama ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan empunya nama. Atau dengan kata lain, dia akan terpengaruh dengan nama itu, dan kalau nama itu bermaksud baik maka baiklah hasilnya. 

Nama juga melibatkan nasab atau keturunan, yang bermaksud apabila kita mempunyai anak, anak tersebut akan membawanya sehingga akhir hayat. Hal ini boleh dilihat melalui anjuran Rasulullah SAW supaya kita memilih nama yang baik untuk anak-anak. Sabda baginda bermaksud: ”Sesungguhnya kamu akan diseru pada Hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan nama ayah kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu.” (Riwayat Abu Darda) 

Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara pada 30 Jun 2018, nama popular di Malaysia untuk lelaki ialah Ismail, Ahmad dan Abdullah dengan masing-masing berjumlah 72157, 57914 dan 47989.

Manakala nama Fatimah dengan jumlah 74605 pula mencatatkan jumlah paling banyak untuk nama perempuan. Sementara itu nama Zainab dan Azizah masing-masing mencatatkan 41450 dan 34114 menduduki tempat kedua dan ketiga.

No comments:

Post a Comment